Tuesday, 8 March 2016

Filled Under:

Penjelasan Saintifik, Logik dan Matematik Sedekah Akan Kita Bertambah Kaya

16120411779_b973811bd6_o
Salam semua,  marilah sama-sama saya yang bukannya seorang ustat tetapi seorang lelaki tegar mempercayai sedekah itu membuatkan kita menjadi lebih kaya lagi. Maka, biarlah saya cerita dari pengalaman sendiri secara saintifik, logik, mantik dan matematik. Supaya orang yang paling bakhil pun akan rasa tidak mahu bakhil lagi dan menjadi orang yang LAGI KAYA!
STIGMA – KALAU SEDEKAH MESTI KELUAR DUIT DARI POKET DAN BILA KELUAR MESTI YANG TINGGAL DALAM POKET AKAN JADI SIKIT DAN MISKIN KAN?
Kalau mengikut pemikiran yang tidak KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau menggunakan pemikiran KBAM (Kemahiran Berfikir Aras Menteri) memanglah nampak mantik itu benar tetapi kita orang yang KBAT mesti berfikir lebih jauh lagi kan?
Dulu masa mula saya dapat gaji sebagai pensyarah di Limkokwing University masa itu gaji saya RM2300 sahaja. Lepas tolak EPF/SOCSO dan PCB (Potongan Cukai Berjadual) memang ada baki dalam RM1800 sahaja.
Tapi malulah kan, dulu masa kecil arwah emak ada RM5 jer pun tapi budak-budak Arqam datang jual majalah Al-Ain tapi emak tak beli pu dan emak pun bukan pengikut pergerakan Arqam pun tapi dia sayu tengok budak-budak datang dengan jubah menjual dia ambil RM5 bawah lipatan baju (saya tahu tempat rahsia tu kerana ada beradik pernah curi tapi saya nampak dan dia cakap “jangan bagitahu emak”) dan terus bagi RM5 tu kepada budak tu.
Saya malu lah kalau emak saya boleh buat macam tu. TAPI sebenarnya saya inspired cerita emak saya dan saya KENA CARI JALAN. Semuanya yang Allah beri tu mencukupi untuk kita kecuali jika kita membazir.
16305234005_6f676136e7_o
IT’S ALL ABOUT PRIORITISING – UTAMAKAN YANG UTAMA 
Biar saya kongsikan yang dahulu bagaimana dibuat. Ini bajet saya sampai boleh bersedekah banyak. Ini semua cerita tahun 2001 dahulu
  • RM391 – Bayar ansuran Kancil 660 EX
  • RM250 – Sewa bilik kecil kongsi 2 orang di KL
  • RM400 – Minyak kereta & tol
  • RM300 – Maintenance kereta dan kalau kereta tak rosak boleh guna
  • RM300 – Saving
  • RM400 – Hantar balik kampung
  • RM59 – BAKI PERBELANJAAN
Mana sedekahnya? Takde pun?
Haa, tu yang bagi kat emak ayah kat kampung tulah sedekahnya. RM400 dari RM1800 baki gaji dah melebihi 20% income. Memanglah Nabi sendiri galakkan untuk mengutamakan orang yang paling dekat sekali dengan kita untuk kita bantu.
Banyak memang banyak, ikutkan nafsu ketika itu memanglah rasa takde financial freedom betul kan. Nak keluar dengan awek student MMU jer pun tapi sekali keluar minyak lagi, wayang lagi, makan lagi nak gentlemen semua kena bayau. Sekali keluar kopak juga RM50-100. Last-last tak jadi jugak. Sebab itu pada tahun 2001 tu dah tak ada bajet untuk awek dalam senarai perbelanjaan. Kenapa? Awek dah putus pasal dapat boyfriend lagi kaya dan TUA.
Ok patah balik kepada isu asal.
BAGAIMANA KITA MENGUTAMAKAN YANG UTAMA itu yang penting. Bayangkan belanja keluar dengan awek student…belum cerita awek artis tau. Sekali keluar RM50-100 boleh tengok jer bukan boleh pegang pun. Sebulan kalau nak maintain relationship kena lah RM300-400 tak lari. Baru student belum artist lagi, nasib lah abang haritu sempat tolak cinta seorang artis, kalau tak habislah abang pun sama licin macam rambut PM.  Ni masalahnya, dah diajak kahwin tapi orang tua kata bagilah habis belajar dulu.
Nak sahaja menjawab “Kalau tak kahwin pun, dia makan saya pun makan…kalau dah kahwin bukan ke boleh makan sama”. Tapi tak baik melawan bakal mertua (tak jadi pun sekarang).
So begitu, keutamaan untuk dating sana sini CUT-OFF DAN JIMAT RM300-400 itu dah cukup banyak nak bayar. Kalau serius betul kumpul sahaja duit dan sampai masa terus kahwin. Tak payah banyak-banyak sangatpun kalau betul yang peremuan pun nak kahwin patutnya kita mudah-mudahkannya sahaja. Kalau tak mudah itu anggaplah itu bukan jodoh kita. Perkahwinan ini Allah dah suruh mudahkan bukan saja bagi susah kononnya kalau senang dapat nanti senang hilang. Itu semua bullshake…ya bullshake ialah lembu gila yang goncang diri sendiri.

16120724487_c96b98c8fe_o
SETERUSNYA
Selepas ekonomi dah maju. Pendapatan sebulan pun dah makin banyak digitnya saya pun teruskan juga bersedekah. Dah mula pandai nak main golf, dah pandai nak pergi theme park sebulan sekali dan tengok wayang premium seat dan naik kapal terbang nak business class konon.
Cuba kalau kamu katakan kamu sempit betul bajet nak bersedekah. Cuba lihat balik belanjawan sebulan apa yang boleh di cut. Saya dulu potong bajet main golf sahaja dah jimat RM1000 sebulan. Haaa…ingat tak banyak ke? Green fees lagi dan bila nak main golf tak main lah pakai baju pasar malam mesti nak yang ada jenama siap ada logo besar kat depan biar tan sri dan datuk-datuk nampak. Club pun takkan nak pakai clum Dynatour yang RM900 satu club mesti nak yang Callaway kalau boleh yang satu driver harga RM10,000 konon. Tapi pukul semua OB atau kolam jugak akhirnya. Lagipun dulu saya main golf bukan dapat projek pun, saya main golf saja nak eksyen dengan orang konon saya ni kaya sangatlah. Padahal orang yang tak kaya pun semua pandai main golf dah sekarang. Lagi sekarang tengok drama TV kalau kaya jer mesti Datuk, kaya jer mesti Tan Sri kaya jer mesti sembang dalam telefon asyik sebut London, New York, Tokyo, Paris sajer walaupun speaking English masih berbau kerdas dan petai.
Potong bajet golf sahaja dah dapat extra RM1000. Dulu hisap rokok Dunhill masa berhenti harganya RM8 sekotak. Sebulan bolehlah dapat dalam 30 kotak. Kalau bulan tu banyak dateline memang 50 kotak pun boleh. Di situ sahaja kalau dah 30 kotak dah bila berhenti dah jimat RM240 sebulan. EXTRA LAGI
Dulu kalau nak makan jer mesti cari Ayuthaya lah, Friday’s lah sekali makan satu family jer dah RM200 dan sebulan tidak-tidakpun dalam 3-4 kali. Itu sahaja dah boleh jimat dalam RM600 sekarang masak di rumah jer semua jimat banyak. Dulu asal keluar wayang cerita baru sahaja mesti nak tengok kat wayang. Belanja tengok wayang sahajapun dah sampai RM100-150 sebulan.
Bayar gym sahaja konon nak sado tapi sebulan RM150 tapi sempat pergi mula-mula sahaja semangat. Lepas tu sebulan sekali pun tak lepas. Burn bodo macam tu jer subscription sampai RM150 sebulan tapi cancelkan yang tu dapat balik RM150.
Dulu bil telefon sampai RM2000 sebulan pun semua pasal roaming. Kononnya dulu kalau tak roaming business terlepas. Tapi boleh manage sebenarnya, sebelum roaming saya tukar ringtone suara saya bagitahu saya tak on hp di luar negara sila email. Senang jer. SEkarang boleh call pakai whatsap jer. Bila pergi overseas tak payah nak roaming call boleh call whatsap kecuali yang call tu datuk datuk atau tan sri tan sri yang whatsap ni cuma level anak-anak dan perempuan simpanan mereka jer yang pakai.
Cuba kita fikri balik kalau gaji kita hari ini RM3000 dan kita rasa sesak sangat-sangat untuk keluarkan sedekah, cuba kita kaji balik apakah yang kita belanja yang boleh kita kurangkan tanpa menjejaskan kehidupan kita.
Apa alasan untuk tidak bersedekah kecuali kita ni periuknya kecil keraknya besar. Tak padan ukur di badan sendiri. Dulu masa saya saya student Uni dapat scholar RM300 sebulan pun CUKUP juga tapi lifestyle masa tu kapcai and pasar malam. Bila dah earn RM1800 tukar lifestyle naik kereta dan baju dah mula beli di Parkson. Gaji RM1800 pun cukup-cukup juga. Bila dah kaya sikit tukar lagi lifestyle kereta German, makan di restoran, holiday tak main lah pergi Langkawi paling kurang pun Bali paling tak kurang pun Italy. So dapat income banyak pun CUKUP-CUKUP juga. Nak dapat lebih, cuba income bertambah tapi lifestyle kita maintain? Tak gitu?
BAGAIMANA BOLEH DAPAT REZEKI LEBIH?
Apabila kita puasakan KEHENDAK kita untuk kita jadikan rizab yang boleh disedekahkan. Penerima sedekah pertama yang utama ialah ibu bapa kita dahulu barulah orang-orang yang terdekat. Maka hati kita jadi SENANG DAN TENANG.
Setiap bulan kita rasa seronok walaupun tak main golf kerana kita tahu sindrom hujung bulan tidak akan berlaku lagi. Ukur baju badan sendiri janganlah gaji RM2000 tapi nak pakai kereka BMW 320i SE koyak plastik keluar kotak.
Apabila semua sudah terurus, barulah terurus sedikit fikiran kita untuk menerbitkan banyak idea yang membantu menaikkan business lagi. Dan lagi satu, jangan dekatkan diri anda dari hutang. Kerana hutang ialah jalan penghambaan zaman moden. Orang dulu jadi hamba bekerja juga tapi gaji tak bayar pun kerana semua bayar hutang. Sampai hutang hamba habis bayar baru dibebaskan. Orang sekarang apa beza? Gaji belum dapat tapi gaji semua dah jadi milik bank. Adalah baki sikit-sikit kat dalam poket buat geli-geli.
Bila hati dah tenang banyak idea boleh keluar. Kalau bekerja akan jadi produktif dan sentiasa perform dalam task. Kalau buat business akan keluar banyak idea-idea yang hebat kerana semau itu datang dari jiwa yang tenang. Wajarlah yang bekerja dapat naik pangkat dan naik gaji. Yang berniaga semakin besar businessnya pulak.
Agak-agak menjelaskan tak kenapa memberi sedekah itu JALAN UNTUK KITA JADI KAYA? Kerana sedekah mengajar kita BERPUASA dari kehendak dan memberi keutamaan kepada KEPERLUAN. Secara tidak langsung, keperluan kita mencukupi dan mampu mencukupkan keperluan orang lain sementara Allah tambahkan lagi rezeki melalui jalan-jalan kebijaksanaan disebabkan hati tenang tadi.
Dan apa itu KAYA?
Orang bersedekah mesti jadi KAYA?
Betul tak?
Betul lah. Bila kita bersedekah kita akan cuba cukupkan apa yang kita ada dan ada lebihan. Bila ada lebihan bermakna kita kecukupan. Bila kecukupan itulah BERKAT. Bila berkat maka itulah kaya. Bukan duit banyak juta-juta tapi tak pernah cukup itu dipanggil kaya, sebaliknya kaya itu MENCUKUPI.
Cubalah kalau tidak percaya .

sumber




0 comments:

Post a Comment