Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang
lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman pengguna
internet.
Mei Aisi, seorang ahli perniagaan, kini menetap di Ukraine
dan bertemu jodoh dengan wanita berusia 19 tahun dari negara berkenaan.
Ada yang menuduh isteri Aisi sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.
Mereka bertemu ketika Mei Aisi baru sahaja memulakan kehidupan di Ukraine sebagai jurugambar, beberapa tahun lepas.
Tidak dapat dipastikan nilai kekayaan Aisi namun dia kini sedang membina sebuah sebuah vila sendiri seluas 3,000 meter persegi.
Walaupun datang dari keluarga yang sederhana, Mei Aisi
telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
berjaya dalam karier.
Pun begitu, tindakan Mei Aisi memuat naik gambar isterinya
di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di
China.
Ada yang tanpa rasa bersalah menuduh isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.
Pasangan itu mempunyai seorang anak.
Memetik laporan CCTV News, Aisi berkata wanita Ukraine
tidak begitu memandang rupa dan harta. Malah untuk memikat hati bakal
mertua juga tidak sukar.
Anda hanya perlu bawa wain dan sejambak bunga, dan anda akan dapat restu mereka, kata Aisi lapor Astro Awani.
Sumber: jagatepikainmu
0 comments:
Post a Comment