Thursday 3 March 2016

Filled Under:

Terkantoi Sudah!! Punca sebenar kecederaan teruk di wajah Rozana, isteri Awie kini terbongkar...tak sangka ini cerita sebenar di sebaliknya

Bekas isteri penyanyi rock popular Awie, Rozana Misbun cuba menyembunyikan punca sebenar kecederaan yang dialaminya,demikian Mahkamah Majistret Ampang di sini diberitahu hari ini.

Pakar bedah am, Jabatan Kecemasan, Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata beliau juga tidak memaksa Rozana, 38, untuk memberitahu punca kecederaan itu kerana ia adalah hak pesakit.

"Dia cuba untuk melindungi sesuatu. Dia tidak memberitahu saya apa punca kecederaan, dia juga tidak beritahu kenapa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.

Dr Chan merupakan saksi pendakwaan kelapan yang dipanggil memberi keterangan pada prosiding perbicaraan kes Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 48, yang dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Rozana, dua tahun lepas.

Saksi itu, yang berkhidmat sebagai pakar bedah sejak 2005, berkata hasil pemeriksaan beliau terhadap Rozana mendapati wanita itu mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata, tangan, lengan dan bahagian kiri anggota badan termasuk hidung, telinga, leher, dada dan rusuk kiri.

"Kecederaan itu disebabkan objek tumpul. Ianya berbeza jika seseorang itu jatuh, kecederaannya adalah di kedua-dua bahagian anggota badan," katanya.
Dr Chan memberitahu beliau merawat Rozana pada 5 Jun 2014 dan membuat pemeriksaan X-ray serta pesakit itu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata selepas dua hari, Rozana meminta untuk pulang biarpun beliau menjelaskan risiko yang akan dialami akibat kecederaannya.

"Tiga minggu kemudian Rozana datang semula ke hospital dan imbasan X-ray mendapati tiada komplikasi pada tulang rusuknya yang retak itu dan rusuk itu sembuh dalam tempoh lima minggu selepas itu," katanya.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie, Dr Chan bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kecederaan retak pada rusuk boleh berlaku akibat kemalangan termasuk semasa bersukan atau aktiviti lain.

Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014.

Vokalis kumpulan Wings itu sekali lagi didakwa dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan sama iaitu mencederakan Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung Isnin depan.

Terdahulu, Awie yang berpakaian sut hitam, tiba jam 9 pagi di mahkamah bagaimanapun kelihatan batuk dan tidak sihat sehingga terpaksa berehat di bilik kebajikan mahkamah.

Ketika prosiding bermula pada 12.50 tengah hari, peguam Hazman memohon perbicaraan itu ditangguhkan kerana Awie mengalami demam panas namun Goh membantah dengan alasan perbicaraan itu hendaklah diteruskan walaupun Awie tidak hadir kerana saksi telah berada di mahkamah sejak awal pagi.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Hazman memaklumkan keadaan Awie beransur sihat selepas berehat dan boleh mengikuti perbicaraan itu.
Sumber: Sinarharian




0 comments:

Post a Comment