#BERITA perceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat
perhatian ramai memandangkan ini merupakan perceraian kali kedua buat
mereka.
#Menurut Adam, punca penceraian antara mereka biarlah hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya
#“Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.
#“Apa
pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan.
Mungkin sudah tiada jodoh antara kami,” katanya lapor Media Hiburan,
semalam.
#Adam dan Fiza bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak
dikurniakan anak dan pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk
pada tahun sama lapor Sinar Harian.
#Buat kali kedua, Adam AF menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah
mereka di Gombak pada 21 September lalu sebelum mengesahkan lafaz cerai
di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
#Bercerita tentang kegagalan rumah tangganya, Adam akui reda dengan apa yang berlaku.
#“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa
yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik
buat kami berdua,” katanya.
#Sebelum ini Fiza ada meluahkan perasaannya di laman Instagram merujuk
kepada kritikan yang dilempar kepadanya setelah berita perceraiannya
tersebar.
#“Tak semua orang suka kita dan suka apa kita buat. Ada sahaja yang tak
kena. Saya pun hidup macam manusia biasa,cari rezeki di muka bumi ALLAH
ini. Saya mencari rezeki yang halal demi untuk menyara keluarga saya
terutama Mama saya setelah saya kehilangan Papa saya tahun lepas.
#“Apatah lagi sekarang ini saya hidup sendiri, perlu cari duit sendiri
tanpa minta pada siapa-siapa. Saya perlu bekerja keras utk keluarga saya
terutama anak-anak dan Mama. Saya rasa mahu saya tidak boleh hidup
kalau fikirkan kata orang. Saya harap apa pun yang saya buat lepas ni
jangan dipertikaikan lagi,” tulisnya
0 comments:
Post a Comment