Monday 7 March 2016

Filled Under:

'Malas Mandikan Anak Pagi², Biar Je Taska Mandikan'

Sumber gambar - Google Images
Mandi pagi. Kebanyakan taska mewajibkan mandi pagi di taska masing-masing. Sebab? Nak kejar aktiviti dalam jadual. 
Bayangkan, ada 40 kanak-kanak. Jam 8 pagi dah mula mandi. Jam 11 pagi baru selesai agaknya, aktiviti pula entah ke mana. Kecuali kalau taska itu suruh ramai-ramai masuk bilik mandi dan siram serentak. Dalam erti pepatah, mandi kerbaulah. 
Di sini saya mahu senaraikan kebaikan ibu bapa beri anak mandi pagi di rumah sebelum dihantar ke taska. 
  1. Bonding. Takkan di waktu pagi teacher mandikan, petang pun teacher mandikan juga? Nanti bonding lebih dengan teacher, ibu bapa cemburu pula. 
  2. Mengajar kebersihan dari awal.
  3. Tanggungjawab ibubapa.
  4. Kanak-kanak yang siap mandi dari rumah akan datang ke taska dalam keadaan riang dan bersemangat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mandi, perilakunya agak perlahan sedikit dan tidak cergas. Ini mengikut pengalaman saya selama 10 tahun menguruskan taska.
  5. Di zaman serba moden ini, setiap rumah dilengkapi paip air. Kalau zaman dulu, ibubapa perlu mengambil air dari perigi terlebih dahulu dan pelbagai lagi alasan.
  6. Membolehkan anak-anak buat aktiviti di pagi hari.
  7. Anak-anak kita kan, semestinya kita juga senang hati melihat anak kita bersih. Bukan kita sahaja yang perlu bersih dan wangi pergi kerja.
  8. Kebersihan yang dituntut dalam Islam.
  9. Jangan terkejut, jika ibubapa meninggal dunia, anak-anak tak nak mandi. Hidup umpama roda. Ingat itu. 
Gambar ini saya screenshot dari blog yang membincangkan tentang mandikan anak sebelum ke taska. Serius saya sangat sedih dengan sikap malas sesetengah ibubapa seperti ini. Ingat, what goes around comes around. Sekarang, tipulah atas arahan doktor. Kalau perkara ini menjadi kenyataan? Fikirkan okay. - Siti Farihan Anuar | PIXEL MEDIA




0 comments:

Post a Comment