Temuduga terbuka yang diadakan hari ini di KLIA2 itu dikatakan tidak
teratur dan kakitangan Rayani Air juga didakwa tidak profesional
sehingga ada yang bertindak mengaib maruah calon temuduga.
Berikut komen-komen 'mangsa' yang tidak berpuas hati dengan Rayani Air, diperoleh dari laman Instagram syarikat penerbangan patuh syariah tersebut:
"Mana-mana individu yang pakai braces (pendakap gigi), strictly mereka
akan suruh balik. Yang make up ala kadar juga akan disuruh tambah make
up dan sebagainya," kata Njnamn.
"Crowded! Buang masa orang beratur panjang-panjang dari jam 10 pagi yang kemudiannya pendaftaran temuduga ditutup. Padahal panggilan terakhir adalah pada jam 11 pagi. Lepas itu senang-senang suruh submit resume sahaja. I was like, "WHATT??!!!". Masa itu emas okay, jangan bazirkan masa kami," luah Nurlizaisnin.
"Crowded! Buang masa orang beratur panjang-panjang dari jam 10 pagi yang kemudiannya pendaftaran temuduga ditutup. Padahal panggilan terakhir adalah pada jam 11 pagi. Lepas itu senang-senang suruh submit resume sahaja. I was like, "WHATT??!!!". Masa itu emas okay, jangan bazirkan masa kami," luah Nurlizaisnin.
"Pada pendapat saya, itu semua hanya membuat masa. Mungkin lain kali Rayani Air perlu senaraikan kriteria yang mereka inginkan. Beratur bukan main panjang lagi, tapi nak yang perfect sahaja. Yang cacat cela tak nak langsung," cadang Syareena Ariff.
"Saya tidak akan recommend syarikat penerbangan ini. Pihak pengurusan Rayani Air teruk. Patutnya maklumkan awal-awal "NO BRACES ALLOWED!". Dah 5 jam beratur, akhirnya disuruh balik hanya kerana pendakap gigi. Saya tak tahu apa yang istimewa sangat penerbangan ini sampai pakai pendakap gigi pun tak boleh. Syarikat penerbangan yang lain ada saja yang pakai pendakap gigi.
"Seperkara lagi, kakitangan Rayani Air tiada hak untuk menjerit pada calon yang memakai pendakap gigi. Untuk pengetahuan, saya bayar RM10,000 untuk pendakap gigi ini! Kau mampu?!" luah Naiman Noraziezan.
"Saya hantar bakal isteri saya ke KLIA2, tengok ramai yang datang hadir interview beratur sampai Starbucks. Lepas itu ramai yang kena tolak hanya kerana tidak memakai tali leher (bagi lelaki), kantoi perut, kantoi jari tak lurus dan macam-macam lagi," kata Lausurpadora40.
"Memang calon yang datang untuk temuduga Rayani Air ini terlampau ramai. Apa yang paling saya kesalkan ialah, pihak pengurusannya dan cara mereka mengurus kehadiran calon yang ramai sangat teruk. Kurangnya kakitangan dan tiada ruang yang mencukupi. Hampir setengah hari menunggu, last-last disuruh balik. Sia-sia saja menunggu lama-lama.
"Semasa kakitangan Rayani Air memeriksa resume calon, tolonglah jangan cakap kuat-kuat pada orang yang mereka tidak layak hanya kerana itu, kerana ini. Tak fikir ke perasaan dan maruah calon yang datang? Ini kah cara Rayani Air melayani orang?
"Tolong spesifik dengan apa yang Rayani Air mahukan. ya, sudah tentu mahu fresh grads, lepasan SPM, ex crew, yang dari flying school semua nak mencuba. Tetapi nyatakanlah sekali kalau tak nak ada calon yang mempunyai jerawat ke apa, senang cerita Rayani Air mahukan calon seperti model.
"Saya gagal temuduga hanya kerana senyuman saya tidak seperti yang pihak Rayani Air mahukan? Saya tertanya-tanya jenis senyuman apa yang Rayani Air mahukan? Senyuman sampai ke telinga?" luah Faizal Hamdi. - PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment