#SHAH
ALAM 13 Mac – Hari ini merupakan genap setahun Prebet Mohd. Zaim
Salhudin, 20, yang terkorban dalam kejadian trak yang dinaiki terbabas
dan terbalik di Jalan Ranau-Telupid, Sabah, berkhidmat dalam Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
#Dalam WeChatnya, tertera kenyataan: “Tarikh 13. 3. 2016. Genap setahun saya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).”
Itulah
status yang dimuat naik oleh Mohd. Zaim dalam aplikasi WeChat pada
pukul 10.30 pagi, sejam sebelum trak yang dinaikinya terbabas dan
mengorbankan nyawanya dan seorang lagi, Prebet Shahril Afizat Mohamad,
22,
Ayahnya,
Salhudin Idris, 57, ketika ditemui di rumahnya berkata, anak keempat
daripada lima beradik itu amat meminati dunia ketenteraan sejak kecil
lagi.
#Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya adalah pada pukul 9.59 pagi menerusi aplikasi WhatsApp.
“Sehari sebelum kejadian, dia meminta saya untuk memasukkan RM100.
“Pagi
tadi, saya beritahu Zaim, duit dah masuk dan jawabnya ringkas, Terima
kasih abah, nanti gaji, Zaim bayar balik. Itulah kali terakhir kami
berhubung,” katanya.
#Salhudin
berkata, mereka sekeluarga turut terkejut dengan pemergian anaknya itu
lebih-lebih lagi isterinya yang cukup rapat dengan Mohd. Zaim.
“Saya
menerima panggilan pada pukul 1 petang yang dia telah pergi. Isteri
masih terkejut dan menangis apabila diberitahu oleh anak lelaki,
Zulhelmy, 29, yang Mohd. Zaim telah tiada,“ ujarnya.
Jenazah
Mohd. Zaim dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) pada pukul 1.15 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Batu Lima, Sementa, Klang dekat sini.
0 comments:
Post a Comment