Kami bercerita soal harga kereta,
harga barang. Memang lumrah. Sebab itu semua keperluan. Tetapi di
Malaysia kalau dibuat perkiraan nilai inflasi, pembelian kereta oleh
rakyat Malaysia tidak dikira sebaliknya rakyat Malaysia yang menggunakan
perkhidmatan awam barulah tergolong dalam kelompok inflasi. Bagaimana
tu? Berapa ramai yang guna pengangkutan awam? Cuba lihat berapa banyak kereta di jalan raya sekarang ini?
Kami tidak akan menyentuh pembelian kereta mewah di Malaysia,
tetapi cukup sekadar harga kereta Nasional yang dikenakan sesuai dengan
golongan pertengahan. Atau kalau tak mampu nak turunkan harga kereta
Nasional disebabkan pelbagai alasan yang diberikan, beri peluang untuk
rakyat Malaysia “memilih”. Sampai bila lagi nak bagi subsidi dan
perlindungan kepada harga kereta Nasional?
Sepatutnya lebih indah duduk sendiri
bukan? Tetapi apa sudah jadi sekarang ini? Ada yang mengatakan kami ini
pro pembangkang atau anti kerajaan atau wakil pembangkang. Itu semua
pendapat anda, kami tidak boleh menghalang. Sekali lagi kami tiada kena
mengena dengan mana-mana parti politik. Cuma kami nak tanya, anda
sebagai rakyat Malaysia tak mahu lihat negara ini menjadi lebih baik?
“Kerajaan buat benda baik, kami sokong. Kalau ada kesilapan kami jugak mestilah menegur”
Negara kita bukannya negara miskin
tetapi NEGARA KAYA. Tuhan dah anugerahkan kepada negara Malaysia cukup
hasil bumi yang cukup banyak. Hanya tinggal kita sahaja menguruskan
dengan baik. Itu belum masuk lagi “sumbangan rakyat Malaysia” yang tak
henti-henti kepada negara.
Topik kali ini, kami nak sentuh perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan harga kereta Nasional yang dijual di negara sendiri, Malaysia.
Di UK contohnya, siapa kata cukai
sana rendah? Tinggi…tetapi “sepadan” dengan pendapatan yang mereka
perolehi termasuk juga harga barangan dan harga kereta di sana.
Contohnya :
- Gaji anda GBP1840 sebulan (Graduan universiti)
- Harga kereta Nasional GBP7000 sahaja (Perodua Myvi)
- Kalau pergi berbelanja di pasaraya contohnya, senang-senang sahaja boleh penuh satu troli dengan hanya modal belanja GBP50-GBP60 (beras, ikan, udang, sotong, sayur, tepung, cereal)
Indah tak kalau begitu? Kalau di US
macam-macam dana untuk orang awam. Memang banyak orang US yang homeless
tetapi homeless mereka pun makan pakai cukup 3 kali sehari. Kerajaan
mereka siapa bagi kupon makan lagi. Kalau di Malaysia selagi tak masuk
rancangan Bersamamu, selagi itulah “pihak-pihak yang berkaitan buat
sardin saje”.
Kami pun tidak mengharapkan Malaysia
berada sampai tahap begitu sekali seperti yang berada di UK dan USA.
Tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada sekarang ini. Sesekali
minda kita semua di sini (rakyat Malaysia perlu lebih terbuka) untuk
melihat keadaan yang di luar sana. Kalau tidak sehingga 10 generasilah
kita akan rasa yang Malaysia sudah berada dalam yang cukup selesa.
Soal harga kereta Nasional ini. Kita balik semua kepada negara UK :
- Kalau di UK, gaji minimum di sana adalah sekitar 5.8-6 pound satu jam. Kalau harga minyak di sana pula bersamaan 1liter minyak = 1.05 pound
- Basic gaji bagi fresh graduate (ijazah sarjana muda) yang kerja dengan kerajaan boleh dapat sekitar GBP1840 sebulan
- Okey…katakanlah ada di antara mereka ada yang minat Perodua Myvi, harga kereta Nasional tersebut hanyalah sekitar GBP6999. Berapa kali agaknya gaji, mereka dah boleh beli Perodua Myvi SECARA TUNAI?
- Yang menguntungkan mereka lagi, aksesori dan spesifikasi Perodua Myvi contohnya yang dibawa ke sana pastinya agak berlainan dengan pasaran di Malaysia selain daripada harga kereta yang agak kompetitif untuk dijual di UK.
- Kalau tidak dibuat begitu, memang tenggelam timbul permintaan mdel Perodua & Proton di sana
Sebab di negara luar, padang yang
disediakan adalah sama rata kepada semua untuk masuk dalam industri
automatif ini dengan cukai yang agak “munasabah”. Okey di Malaysia pula :
- Gaji gresh graduate (degree) yang berkerja dengan kerajaan contohnya boleh menikmati pendapatan sekitar RM2,000 + RM1,000 = RM3,000 lah lebih kurang
- Harga kereta Nasional di Malaysia (Perodua Myvi) berapa pula? Kalau tak diikat pinjaman dengan bank sehingga 7 atau 9 tahun, belum tentu rakyat Malaysia mampu nak pakai.
- Kalau ada yang tak mampu juga kenalah naik pengangkutan awam. Contohnya dari Bukit Bintang ke KLCC? Apa yang boleh diharapkan dengan kecekapan pengangkutan awam yang sedia ada?
- Itu sebablah juga sehingga saat ini, terdapat 20 juta buah kereta yang didaftarkan di Malaysia. Daripada jumlah kereta tersebut, apa pilihan yang mereka ada untuk membeli kereta yang mampu milik?
Jangan bandingkan antara nilai
pertukaran matawang tetapi lihat dan perhatikan perbandingan antara gaji
kepada gaji. Adakah duit kita semakin mahal atau barang kita yang
semakin mahal. Adakah patut harga kereta Nasional contohnya ditekan
harga sebegini rupa kepada rakyat. Adakah penjualan pada harga kereta
Nasonal sebegini rupa hanya untuk mendapatkan keuntungan atau nak
mencekik darah terhadap rakyat sendiri?
Adakah harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia, menggunakan konsep pembeli membeli kereta sambil ‘menderma’?
Satu lagi masalah utama sekarang ini
kerana “nilai” kereta itu sendiri. Inflasi terhadap nilai kereta itu
sendiri masuk ke dalam sistem pembankan. Makanya, penyusutan nilai
kereta sekarang sudah menjadi satu risiko sistematik kepada sistem
pembankan.
Harga Kereta Nasional yang tinggi ketika ini tak setara dengan kualiti yang sedia ada. Disebabkan tarif perlindungan itulah rakyat akan terus ditekan tinggi. Dalam
pada masa yang sama, banyak AP yang “dilepaskan” kepada kroni semakin
berleluasa ketika ini yang akhirnya memakan diri sendiri. Kalau dahulu
Proton boleh pegang separuh daripada pasaran automotif negara, sekarang
ini tinggal berapa sahaja?
Dalam bahasa mudahnya, punca harga kereta di Malaysia terlalu tinggi adalah disebabkan :
- Cukai yang dikenakan oleh kerajaan, tidak kira Proton, motokar Jepun, kereta continental, semuanya akan jadi harga kereta melambung tinggi apabila dibawa masuk dan dipasarkan di Malaysia.
- Dalam pada masa yang sama harga kereta Nasional dikurangkan sedikit supaya dapat “bersaing” dengan kereta import
- Yang peliknya kalau buat pinjaman kereta Nasional lebih mahal daripada buat pinjaman untuk kereta import?
- Dalam pada masa yang spare pun boleh tahan juga harganya
Harapan kami cuma satu sahaja, kerajaan dapatlah kiranya semak semula dasar percukaian kereta import & tempat . Terutamanya, kereta kelas ekonomi atau medium yang banyak dibeli oleh rakyat Malaysia daripada golongan pertengahan.
“Cukup-cukuplah dengan tongkat yang diberikan kerajaan selama ini, sehingga rakyat “dipaksa memegang tongkat di bawahnya selama berpuluh tahun lamanya”
Biarkanlah akhirnya rakyat dapat buat
pilihan. Bagaimana harga kereta Nasional mahu diselaraskan sehingga
mampu menarik pengguna di Malaysia. Ataupun tingkat kualiti yang sedia
ada…terpulang
P/S : Apa pandangan anda pula perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan yang diluar negara?
[poll id=”199″]
[poll id=”200″]
0 comments:
Post a Comment