Wednesday, 2 March 2016

‘Tak Ada Setitik Air Mata Mengalir’- Dicerai Talak 3 Lepas Video Serang Suami Kahwin Lagi Tersebar


Masih ingat lagi dengan video seorang isteri yang dikatakan menyerang suaminya ketika sedang bersanding dengan wanita lain. Sedih untuk kami katakan bahawa wanita tersebut telahpun diceraikan oleh suaminya dengan talak 3.
Ikuti luahan perasaan si isteri selepas diceraikan. Namun, si isteri redha dengan kejadian yang menimpanya, Diharap pembaca mengambil iktibar dengan kejadian menyedihkan ini.
Kerana Seorang Perempuan PERAMPAS
Hari Ini baru kita BERCERAI. Cinta Dikhianati Hanya kerana Seorang Perempuan PERAMPAS. .
Tak ada apa yg benar seperti yg dihebah kan kita dah becerai pada bulan 9/2015. Waktu tu kita masih bahagia pergi honeymoon, pergi camping dengan kwn2 sungguh kejam hebah kan fitnah dah bercerai TALAK 3. .
Dan dihebah kan pada semua org kita dah BERCERAI. . Ini baru bukti yg kita dah sah bercerai. Seperti Yang di mahu kan hari ni sah kita bercerai. . Ini yang saya nanti2 kan selama ni. Tak kisah sama ada talak 1 talak 2 atau talak 3 asal kan dilepas kan. .
Untuk mengahwini PEREMPUAN LAIN snggup sebar FITNAH bgtahu dah becerai TALAK 3 tanpa pengesahan mahkamah.. Tahniah, u win now M*****D B*****L H****M M****R.. Ini baru Mahkamah dunia, disana nt akn ada Mahkamah pengadilan. .
Tak ada setitik pun air mata yg Mengalir di cerai kan Talak 3 malah rasa bersyukur yg teramat sgt2 kerana dijauh kan dari insan yg tak pernah rasa bersyukur. . Allah maha adil, semua ini KIFARAH. .
Hari ni saya bebas dari semua penderitaan.. Alhamdullilah. . Doa saya untuk awk, moga BAHAGIA hingga ke syurga jannah seperti yg awk janji dengan saya dulu untuk bahagia kan saya. . Berbahagia lah kalian semua yg mefitnah saya dan membencikan saya. Terima Kasih. .


Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Enak



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

Bahan A – Cream Cheese

[^]250 gm cream cheese
[^]60 gm gula halus
[^]1 biji telur
[^]1 sudu besar air
[^]1 sudu besar tpng gandum

Bahan Kek –

[^]2 biji telur
[^]1 cawan gula halus
[^]1 sudu teh esen vanilla
[^]1/4 sudu teh garam
[^]1/2 cawan air panas didih
[^]1/2 cawan susu segar / cair
[^]1/2 cawan minyak jagung / masak
[^]1 cawan tepung gandum
[^]3 sudu besar sebuk koko
[^]1 sudu kecil baking soda
[^]1/2 sudu kecil baking powder

[^]Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan digris)

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

Bahan A – Cream Cheese

1. [^]Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.

2. [^]Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Kek –

1. [^]Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.

2. [^]Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam. Masukkan air panas, susu dan minyak.

3. [^]Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

4. [^]Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.

5. [^]Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

6. [^]Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

7. [^]Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

Tips Penting:

– [^]Untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.

– [^]Untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang disukai.


TERNYATA POSISI TIDUR MENUNJUKAN KEPRIBADIAN ANDA MAU TAHU ?? BACA DULU KALAU BERANI !!

WOW''TERNYATA POSISI TIDUR MENUNJUKAN KEPRIBADIAN ANDA''MAU TAHU''?? BACA DULU KALAU BERANI!!



1.Soldier posisi: 

Wanita yg tergeletak di belakang disiplin dan memiliki diri yg tinggi diperkirakan. Mereka kuat tetapi jg dilindungi ketika saatnya utk mengungkapkan perasaan mereka.

Posisi 2.Fetal: 

Posisi tidur ini cukup populer dan itu berarti bahwa Anda adalah tipe wanita yg membutuhkan kasih dari orang lain. Pada kesan pertama Anda melihat sulit tetapi dlm Anda sensitif dan romantis.

3.Sleeping di perut Anda: 

Posisi tidur ini sangat tdk populer tetapi itu berarti bahwa Anda keras kepala dan selalu membuat keputusan tanpa berkonsultasi dgn orang lain.

4.Sleeping di sisi: 

Berarti Anda berpikiran terbuka dan Anda menikmati setiap hari dlm hidup Anda. Apakah menyenangkan dgn Anda sebagian besar teman-teman Anda menikmati perusahaan Anda. Kpn waktu untuk membuat keputusan Anda selalu mengambil waktu Anda ini membantu Anda untuk menjadi tertentu pd apa yg Anda lakukan. 

semoga bermanfaat ya, silahkan share... 


5 DOA UNTUK ANAK CERDIK & PANDAI INSHAALAH


5 DOA UNTUK ANAK CERDIK & PANDAI INSHAALAH


4. Baca Surah Toha

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda). 😉🙏🏻

Selamat mencuba . TQ


Anda Takkan Kurus Kalau Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan

Anda Takkan Kurus Kalau Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan
Lima perkara ini sebenarnya selalu kita buat. Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan tubuh lambat kurus walau sudah mengurangkan kuantiti makanan.

Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemah lemau. Jadi lepas ini selesai makan 5 perkara ini jangan lagi anda lakukan. Pantang!

1. Buka butang seluar atau tali pinggang
Bila kenyang, perut rasa besar. Ramai yang akan membuka sedikit ikatan di pinggang kononnya untuk rasa lebih selesa. Tapi awas ya, tindakan ini akan membuat otot perut anda kendur dan perut makin buncit. Sebaiknya biarkan saja ikatan pinggang kerana lama kelamaan rasa perut yang penuh itu akan reda.

2. Tidur
Perut yang kenyang memang buat mata mengantuk tapi tahan dulu. Tidur setelah makan akan memperlambat proses pencernaan malah boleh mengakibatkan perut kembung. Anda boleh tidur tapi paling kurang dua jam selepas makan agar proses pencernaan berjalan normal.

3. Mandi
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/mandi2.jpg
Elakkan kebiasaan mandi selepas makan.Perkara ini selalu dipesan oleh orang-orang tua kita. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu tubuh sekali gus menurunkan proses metabolisme.

Ia turut melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh. Oleh itu ambil masa beberapa jam sebelum mandi setelah makan.

4. Senaman berat
Menyesal makan banyak, ada  yang terus buat senaman berat dengan harapan lemak yang diambil tadi. Hati-hati ya melakukan senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan.

5. Merokok
Ini ketagihan biasa kaum lelaki. Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Bila kadar asid tinggi proses pencernaan akan terganggu lantas turut menyebabkan risiko penambahan berat badan.

Rasanya sebahagian besar daripada perkara di atas selalu kita buat kan. Selepas ini sama-sama kita elak bukan saja untuk kurus tapi agar tubuh lebih sihat.


Wanita Ini Kongsi Cara Melayan Karenah Suami Yang Ada Perempuan Lain

Wanita Ini Kongsi Cara Melayan Karenah Suami Yang Ada Perempuan Lain
Artikel ini adalah perkongsian Izyan Izdihar Shaarani daripada Facebook miliknya. BUKAN berdasarkan pengalamannya tapi panduan dari seorang ustaz yang juga perunding dan kaunselor rumah tangga Jabatan Agama Islam yang ditemuinya.

Memandangkan terlalu banyak masalah rumah tangga yang berpunca daripada k maka VK paparkan artikel ini sebagai panduan untuk para isteri di luar sana.

Tulisan yang panjang namun bermanfaat, paling utama isteri yang berdepan masalah suami curang ini tetap perlu melaksanakan tanggungjawabnya meski hati disakiti. Selanjutnya baca perkongsian ini.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/curang.jpg

I had a santai talk with an ustaz yang merupakan seorang perunding dan kaunselor rumahtangga Jabatan Agama Islam (in fact he is actually my brother, need to clarify, nanti ada orang bersangka buruk dan menganggap aku ada masalah rumah tangga ).  Sekiranya anda diuji dengan suami yang curang di luar sana, apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. Penuhi dan sempurnakan semua tanggungjawab anda sebagai isteri.
Wanita zaman sekarang lebih suka buat kerja yang bukan orang lain berbanding kerja dia. Isteri tidak perlu siasat dan ambil tahu   suami pergi, apa yang suami buat, siapa kawan suami dan semua perbuatan suami di luar pagar rumah adalah bukan bidang kuasa isteri.

Apa bidang kuasa isteri? Melayan suami dengan sempurna, menjaga makan minum suami, bercakap dengan penuh lemah lembut, menyenangkan hati suami dan berhias untuk suami. Ini semua tugas isteri. Tapi kita terbalik. Suami keluar sibuk call tanya pergi mana. Tanya dengan siapa.Tengah buat apa. Itu kerja suami. Bukan kerja kita.

Bila suami balik, isteri tak mandi lagi. Muka kusam takde bedak atau lipstik. Dapur tak berasap bertabur pulak plastik maggi. Cakap dengan suami suara asyik nak tinggi. Berhenti seketika, renungkan kembali, apakah kita sudah sebenarnya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

2. Jangan tegur, nasihat, bertanya apa-apa tentang kegiatan suami di luar rumah sekiranya perkara itu boleh membawa kepada pergaduhan.
Kebanyakan punca penceraian adalah apabila isteri sengaja membakar nafsu amarah suami. BUKAN KUASA ISTERI UNTUK SOAL SIASAT SUAMI. Isteri tidak boleh menyoal suami seperti dia menyoal anaknya.

Jika suami itu tidak kisah isterinya bertanya, go ahead, tanyalah. Tapi, jika soalan isteri itu boleh menyebabkan suami marah, diamkan sahaja. Menjaga hubungan suami isteri itu lebih utama.

Weh, apa kejam sangat nih? Tak...Sabar dulu.

3. Tutup rapat-rapat aib suami. Itu adalah jihad seorang isteri.
Anda tahu suami ada kaki maksiat. Anda tahu suami anda buruk di luar sana. Tutup aibnya rapat-rapat. Diamkan sahaja. Jangan ceritakan pada ibu anda, ibunya, jiran, atau sesiapa sahaja melainkan untuk dapatkan khidmat nasihat (luruskan niat sebelum mula bercerita tentang aibnya).

4. Yakin bahawa jodoh pertemuan, perpisahan, kebahagiaan dan penderitaan adalah hak Allah.
Kita berusaha keras menghalang hubungan suami dan betina (gituuu) lain itu, tapi adakah kita yakin Allah tidak menakdirkan jodoh mereka berdua?

Kita ingin suami kita kekal milik kita seorang sahaja, apa kita yakin confirm kita akan bahagia? Bukankah kuasa Allah untuk beri bahagia atau derita pada sesiapa sahaja yang dia mahu? Dan Dia beri bahagia tu dalam pelbagai keadaan dan rupa bentuk yang dia mahu.

Oh, kalau begitu, kita isteri ni kena redha ajelah suami buat hal di luar sana? Tak payah buat apa2 lah? Abis meleleh ajelah liur nengok suami berkepit dengan betina lain di luar sana? Jawapannya tidak. Kita kena usaha.

Caranya;
1. Sempurnakan semua tanggungjawab isteri.
2. Taati suami.
3. Tutup aib suami.
4. Elakkan sebarang pergaduhan suami isteri.
5. Berserah pada Allah.

Allah yang pegang hati suami. Allah boleh palingkan hati dia kepada betina (if u want to call her that way) atau perempuan itu sekelip mata. Allah juga boleh palingkan hati dia kepada kita semula pun sekelip mata juga. Jangan buat kerja suami. Jangan buat kerja Allah. Buat kerja kita.

So, sia-sialah kalau kita ni layan suami sempurna tapi suami masih ada perempuan lain di luar sana?

Terpulang, kalau niat kita buat baik kepada suami untuk suami, sia-sialah.Tapi kalau kita jalankan kewajipan kita itu kerana Allah, sudah tentu tidak sia-sia. Besar nilainya di sisi Allah.

Jadi, kalau dia buat maksiat, kita biar ajelah? Kalau dia mati masuk neraka macam mana? Kita kan nak masuk syurga sama-sama.

Jika dia boleh ditegur dan teguran itu tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga, tegurlah. Jika dia akan marah, tak perlu tegur. Kerana bukan tanggungjawab isteri menegur dosa suami (Allah tak tanya isteri di atas dosa suami). Tapi tanggungjawab isteri menjaga hati suami.

Masuk syurga atau tidak, itu urusan Allah. Jika Allah nak dia masuk syurga bersama kita ( moga-moga kita masuk syurga), Allah akan beri dia hidayah. Jika tidak, terpulanglah kepada Allah. Dunia ini sementara. Perasaan kita juga sementara.

Tiada siapa yang akan berduka di syurga. Kalau ditakdirkan dia tidak masuk syurga (nauzubillah), kita takkan bersedih kerana tiada ahli syurga yang akan bersedih di akhirat sana (moga-moga kita tergolong dalam ahli syurga). Yang perlu kita sedihkan jika kita sendiri pun tak layak masuk syurga.

Abis, seronoklah suami tu?

Siapa kata? Sehebat-hebat soal siasat kita, hebat lagi soal siasat Allah. Ha, menjawablah kau. Isteri boleh masuk syurga tanpa suami. Suami? Sendiri mau ingat la.

‪#‎indahnyaislam‬. Dia pelihara wanita daripada berduka lara, menangis air mata darah, serang menyerang, meroyan separa gila. Selagi kita faham agama, yakin dengan Allah, kita takkan berduka dan gundah gulana.

Sumber Facebook Izyan Izdihar Shaarani.


Tuesday, 1 March 2016

PERGH Mewah giler...!! untunglah dapat Mak Ayah kaya. Jom saksikan 14 Gambar mewah Majlis Anak Safee Sali, pemain bolasepak negara. Namun satu kejadian pelik berjaya dirakam di belakang SAFEE SALI... SERAM pulak tengok. frown emoticon Semoga kelahiran anak pasangan ini baik-baik saja. TAHNIAH!!


PERGH Mewah giler...!! untunglah dapat Mak Ayah kaya. Jom saksikan 14 Gambar mewah Majlis Anak Safee Sali, pemain bolasepak negara.
Namun satu kejadian pelik berjaya dirakam di belakang SAFEE SALI... SERAM pulak tengok. frown emoticon Semoga kelahiran anak pasangan ini baik-baik saja. TAHNIAH!!
Sumber: viralmedia010