Monday 29 February 2016

Filled Under:

Budak 2 Tahun Dibuang Keluarga Kerana Dianggap Ahli Sihir

Budak 2 Tahun Dibuang Keluarga Kerana Dianggap Ahli Sihir
Baru berusia dua tahun tapi kanak-kanak ini telah dibuang keluarga dan dibiarkan kelaparan kerana dianggap ahli sihir. Namun umurnya panjang kerana selama lapan bulan hidup di jalanan dia mendapat  bantuan dan simpati orang ramai yang memberikannya makanan.

Kisah sedih anak kecil  ini diceritakan oleh pekerja sosial yang menyelamatkannya iaitu Anja Ringgren Loven.  Cerita Loven yang juga pengasas African Childrens Aid Education and Development ini turut mendapat perhatian media massa seluruh dunia.

Loven mencari anak ini selepas mendapat aduan dari orang ramai dan dia menemuinya dalam keadaan tanpa pakaian, lemah, sakit dan kelaparan.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/29/3.jpg
Keadaan Hope ketika ditemui.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/29/2.jpg
Dia terus dirawat di rumah Loven.
Menurut Loven, ada ribuan anak di negara itu dituduh sebagai penyihir dan dia melihat ada antaranya diseksa serta hidup dalam ketakutan. Melihat apa yang berlaku, aktivis dari Belanda ini sanggup menjual segala hartanya dan berpindah ke sini.

Anak kecil yang telah diberi nama Hope oleh Loven itu dibawa ke rumahnya dan diberi rawatan untuk memulihkan keadaannya.

"Dia anak yang kuat dan kini semakin pulih malah sudah boleh bermain dengan anak saya. Menemui Hope adalah pengalaman paling berharga buat saya,"ujar Loven.

Lihat gambar anak kecil bernama Hope yang kini semakin sihat.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/29/4.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/29/5.jpg
Sudah mampu tersenyum, selepas diselamatkan.


Sumber Metro.co.uk




0 comments:

Post a Comment