Thursday 3 March 2016

Filled Under:

TIPS UNTUK GEGIRL PILIH TUDUNG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA



[-]Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasaR(bawal).
[-]Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
[-]Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
[-]Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
[-]Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
[-]Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
[-]Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
[-]Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
[-]Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
[-]Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.  Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
[-]Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.




0 comments:

Post a Comment