Berang dengan tindakan Yazid, Haizad Ijat, adik kepada Norshahida Tohair
yang didakwa merampas suami Quyun Zulkily mendedahkan cerita
disebaliknya.
"Dulu kau buat apa pada kakak aku? Sampai dia masuk hospital, kau ingat
dia anak patung kau nak pukul-pukul? Jangan ingat kau boleh buka aib
orang, orang tak boleh buka aib kau selepas ini.
"Kalau kau tak puas hati dengan dia, kau boleh jumpa depan-depan dengan
dia kan? Tak pauyah buat moment macam ni," kata Haizad yang kini telah
menukar nama akaun Facebooknya.
Ekoran itu, Quyun pula tampil menjelaskan keadaan sebenar pada Haizad
yang dilihat beria-ria mempertahankan kakaknya dari terus dikecam
netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian.
"Adik Haizad Ijat, akak dengan rasa rendah diri ingin beri sedikit
terjemahan kepada adik mengenai isu-isu ini semua. Kenapa tak siasat
dulu? Dengar cerita dah tahu kami sudah bercerai bulan 9 talak 3. Pihak
lelaki dah beritahu pada keluarga perempuan, kalau sudah tahu kenapa
tidak minta surat bukti penceraian? Awak tahu kan dalam masa tiga bulan
bekas suami akak tinggalkan akak dan mereka pergi berbulan madu
mengalahkan suami isteri.
"Mereka tidur sebilik dalam 2 3 hari sedangkan akak masih isteri dia.
Tahu tak apa perasaan akak pada waktu akak tahu dan tengok gambar-gambar
mereka pergi berbulan madu? Bulan 9, hubungan akak dengan suami akak
masih elok. Pergi sana sini, pergi berbulan madu. Tetapi akak dengar
cerita suami aku mengaku bujang dan sudah bercerai dengan akak pada
bulan 9.
"Selama bekas suami tinggalkan akak, satu sen pun dia tidak bagi. Okay,
tak mengapa sebab akak tak kisah. Yang akak kisahkan ialah, kenapa
kenduri besar-besaran boleh buat tetapi nafkah akak satu sen langsung
tidak diberi? Sebutir beras pun dia tak hulurkan.
"Akak pergi majlis hari itu ada sebab, bukan nak main sergah seperti
harimau kelaparan? Kalau betul waktu itu akak kelaparan, akak rasa muka
kakak Haizad dah lama akak cakar. Awak tahu tak 3 bulan akak menderita
kerana disebabkan oleh kakak Haizad? Dalam hati akak,
"Kenapa suami akak? Kenapa rampas suami akak?"
"Kenapa tiada maaf langsung dari Norshahida kalau betul dia tahu bekas
suami itu adalah suami akak? Kenapa tak mesej atau call akak untuk minta
maaf? Akak bukan nak meraih simpati tetapi mana isi hati sebagai
seorang perempuan? Sampai hari ini mana perkataan maaf? Kalau betul dia
tidak tahu Hisham sudah berkahwin, kenapa waktu akak datang, dia
langsung tak naik hantu? Majlis kahwin tahu, bukan main kejar duduk
waktu itu. Nampak sangat kakak awak dah tahu dari awal.
Zaman sekarang zaman canggih, boleh check semua. Sebab kakak awak sudah
tahulah dia suruh Hisyam ceraikan akak dengan talak 3 supaya akak tak
boleh rujuk dengan bekas suami. Akak tak kisah pun, ambillah, cuma akak
kecewa dengan perangai kakak Haizad. Umur masih muda tetapi sanggup
khianati kaum hawa sendiri.
"Kalau Hisyam burukkan akak pada kau orang semua, keluarga akak semua
sebenarnya kami dan keluarga dia sama saja tak ada beza. Dua tahun lebih
akak kahwin dengan dia, akak tahu dia macam mana dan dia pun tahu akak
macam mana. Dia kenal keluarga akak dan akak pun kenal keluarga dia.
"Adik Haizad, akak dan keluarga dah rasa apa yang kau orang rasa
sekarang. Akak dah puas kena hina, caci. 3 bulan dik, 3 bulan,
jiran-jiran akak dah tahu semua. Aku sanggup menipu semuaj iran akan
cakap suami akak pada ketika itu balik ke kampung jaga dusun sebab musim
durian. 3 bulan suami akak keluar dari rumah tanpa berita. Tahu-tahu
saja dia sudah berkahwin lain. Sedih akak, keluarga saja yang tahu
bagaimana menderitanya menunggu suami di depan pintu rumah setiap hari
tanpa rasa jemu.
"Sebelum akak tahu dia ada perempuan lain, akak dah macam orang gila
cari dia di rumah kakak dia, tempat kerja lama. Rupa-rupanya dah kena
buang kerja, akak pujuk bos dia suruh ambil dia bekerja semula. Bos dia
terima tetapi dia pula sanggup tinggalkan akak sebab nak pergi bercuti
dengan kakak Haizad. Sewa kereta 5-6 ratus sanggup akak ni satu sen tak
bagi.
"Cuma akak nak beritahu, 15 Oktober 2015, suami akak beritahu ada job di
Melaka. Akak merajuk sebab rasa tak sedap hati dan rasa berat sangat
nak bagi dia pergi. Rupa-rupanya dia tipu akak, dia keluar dengan kakak
Haizad. Dia langsung tak mesej akak, tak call akak, banyak kali akak
call dia tetapi dia tak jawab. Mungkin takut terkantoi kalau dia angkat
call akak.
"Tetapi bila jawab, tempat sunyi tiba-tiba bunyi zip. Apalah yang mereka
buat agaknya. Allahuakbar!. Dan itulah hari terakhir akak duduk
sebumbung dengan dia. Tak apalah dik, benda dah nak jadi. Akak penat
menderita, menangis, penat ditipu, Alhamdulillah akak rasa lega yang
teramat sangat bila dia ceraikan akak. Akak tak adalah nak meroyan
sangat sebab akak tahu kenapa Allah pisahkan akak dengan dia. Akak
pernah hidup dengan dia.
"Sekarang hari kakak Haizad pula hidup dengan bekas suami akak. Harap
dan doakan mereka berdua bahagia hingga ke akhirat. Harap apa yang
terjadi pada akak tidak akan terjadi pada kakak Haizad. Doakanlah yang
terbaik buat mereka," kata Quyun Zulkifli. - PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment