Monday 14 March 2016

Filled Under:

Beginilah 2 foto keadaan rumah Alyah di kampung yang amat tidak disangka-sangka


Beginilah 2 foto keadaan rumah Alyah di kampung yang amat tidak disangka-sangka.

 Malang tidak berbau apabila rumah ibu Alyah dipecah masuk dalam kejadian kelmarin. Kebetulan, Alyah ketika itu pulang ke kampung halaman. Kejadian itu menyebabkan penyanyi ini kehilangan beg tangan berisi barangan berharga miliknya.
Kejadian berlaku apabila rumah ibunya dipecah masuk pencuri yang kemudian melarikan sejumlah wang tunai, dokumen peribadi dan kunci kenderaan Mitsubishi ASX Mivec yang terdapat di dalam beg tersebut. Turut lesap dua unit telefon pintar jenis iPhone dan Samsung.
Menurut Kosmo! Online, ibu penyanyi itu, Raja Norsiah Raja Ali, menyedari rumah telah diceroboh selepas mendapati pintu hadapan terbuka dan seunit telefon bimbit milik Alyah yang diletakkan berdekatan dengan televisyen hilang.

“Ketika itu, saya baru lepas bangun untuk solat Subuh dan kemudian melihat telefon bimbit Alyah di televisyen hilang. Pada mulanya saya ingat Alyah sudah menyimpan telefon bimbit,” jelasnya. Sementara itu di Instagram, Alyah turut berkongsikan perkara tersebut dan menyatakan ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.





0 comments:

Post a Comment