Wednesday 3 February 2016

Filled Under:

Tidak Zalim Seorang Ibu Ambil Masa Berehat Dari Menjaga Anak

Tidak Zalim Seorang Ibu Ambil Masa Berehat Dari Menjaga Anak
Demikian catatan tentang Me Time daripada pakar motivasi Dr. Rozieta Shaary atau Ibu Rose yang menarik perhatian VK untuk dikongsi. Inilah dilema yang dirasakan oleh ramai ibu bekerjaya. Tubuh sudah penat namun tak sampai hati untuk berehat dari rutin harian.
Hati teringin untuk Me Time di spa membelai tubuh, paling tidak pun duduk di rumah berehat tanpa gangguan untuk menenangkan fikiran. Tapi bila teringat anak, tak sampai hati pula untuk melakukannya. Tak sampai hati untuk membiarkan suami menjaga anak dan kita keluar berehat. Tak sampai hati untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan kita minum kopi bersembang bersama teman.

Bagi ibu-ibu yang berasa begini, catatan dari Ibu Rose mungkin mampu mengubah persepsi anda. VK rangkumkan di sini penerangan yang dibuat oleh Ibu Rose dalam tiga status dalam Facebook Ibu Rose-Mesejnya Kasih. Ikuti penjelasan beliau tentang Me Time.

Tidak zalim seorang ibu itu jika dia memerlukan masa berehat dari menjaga anak. Seorang ibu juga manusia dan manusia perlukan rehat. Rehat akan memberi tenaga kembali untuk terus menjaga anak-anak dan menguruskan rumah-tangga.

Oleh itu jangan pandang sinis dengan seorang ibu yang merencanakan aktiviti harian dan bulanannya mengambil kira masa untuk berehat seketika dari anak-anak. Me Time bukan semestinya pergi keluar dgn kawan atau berdating. Jika hati tak sanggup nak tinggalkan anak, lakukanlah apa yg melegakan rasa hati supaya lebih tenang.

Bukan semua orang mahu bersama orang lain jika dia mahu me time dia. Ada yg mahukan masa bersendirian. Buatlah apa yg merehatkan dan menenangkan hati tanpa membanding diri dengan orang lain. Yang penting cari sesuatu dan masa dimana anda boleh melegakan diri untuk jadi lebih berdaya. Jangan lupa bersolat malam juga adalah cara berehat yang paling mujarab.


http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/2/Capture%20ibu%20rose.jpg
Ini Pesanan Ibu Kepada Yang Sukar Dapat Me Time

Ramai yang berterima kasih dan bersyukur Ibu berkongsi ilmu mengenai perkara ini. Termasuklah para suami juga. Terima kasih dan syabas ibu ucapkan. Tapi  ada juga segelintir yang mengeluh kerana mereka tidak mempunyai ME TIME. Ibu sangat simpati dengan anda yang tidak ada ME TIME ini atau buntu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan rehat itu. Ibu tahu anda betul-betul lemas dan sedih. Ini pesanan ibu kepada anda yang sukar dapat Me Time.

Pertama, perlu berhenti mengeluh, merungut, membebel, berfikiran seolah-olah anda tidak bernasib baik dan tidak akan bernasib baik. Kerana bila dikaji dari segi tenaga, inilah yang terjadi. "Complaining stops you from getting what you want.” atau “Merungut akan membuatkan anda terhalang dari mendapat apa yang anda hajati.”

Cuba ganti rungutan dengan harapan dan doa. Anda lebih berpeluang mendapat apa yang anda hajatkan. Orang yang suka merungut akan mengeluarkan AURA yang tidak disukai oleh orang lain yang mahu menolong. Tidak sama aura yang lahir daripada pemikiran positif berbanding pemikiran negatif.

Jika anda mahu keadaan berubah, berhenti merungut, mengeluh dan membebel serta merasai nasib anda memang buruk. Itu semua akan menghalang anda mendapat apa yang anda hajati. Gantikan dengan meminta bantuan dengan baik, yakin mendapat pertolongan, bersangka baik dan bersyukur.

Rungutan, keluhan dan bebelan adalah DOA yang tidak diniatkan untuk terjadi, namun ia tetap menjadi DOA! Dan mengikut Hukum Alam, Law of Attraction, ia menarik ke dalam hidup anda.

Kemudian lihat kembali rutin harian. Di mana kita boleh mengambil sedikit masa untuk diri sendiri. Semasa Ibu sangat-sangat sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya, Ibu akan mengambil lima minit duduk di dalam kereta sebelum membawanya ke destinasi yang Ibu tuju.

Ibu pejamkan mata dan tarik nafas dan membayangkan perkara yang indah dan seronoknya bersama anak-anak, atau kerja Ibu. Lima minit itu Ibu khaskan untuk Ibu recharge. Dan itu cukup memberikan Ibu rasa sangat-sangat bersyukur dan rehat.

Kadang-kadang Ibu ambil masa 5 minit setelah solat. Ibu akan duduk diam-diam dan tenangkan diri Ibu. Sebenarnya masa itu ada, cuma kita belum bijak mendapatkannya kerana ada kekurangan dari segi aktivity management baik di rumah mahupun di pejabat.

Bila kita berhenti mengeluh, membebel dan merasakan kita tidak bernasib baik, maka kita akan dapati masa itu akan wujud. Akan ada orang yang mahu menolong. Allah akan tambah nikmat-Nya. Ibu mendoakan agar Allah memudahkan transformasi diri untuk anda.

Semoga penjelasan dari Ibu Rose memberi inspirasi kepada kaum wanita.

Sumber Facebook Ibu Rose-Mesejnya kasih




0 comments:

Post a Comment