Thursday, 17 March 2016

‘Pak Cik Mengurat Budak Sekolah…’- Ini Sebuah Kisah Sweet ‘Cinta Tak Kenal Usia’. Meltingnya!




Artikel ini hasil nukilan Amalina David
Usia Bukan Penghalang Utk Kami Bersama 🌚🌝
. . . . . . . .
Terima kasih dear suamiku jadikan sy seorang kekasih yg halal sah bergelar isteri awak..
Sy kenal awk masa sy usia 17 tahun..2009 masa tu sy tgh spm,awk dah kerja waktu tuu (pak cik mengurat budak sekolah)..sedar tak sedar kita saling mengenali lebih kurang 7 tahun..dulu awk pernah tipu sy pasal umur awk kan?.pak cik tapi tak nak mengaku.awk berlagak muda..🤔kita beza umur dlm 11 tahun..skrg awk dah 35 sebaya dgn kakak sy tau. hahaaa (gelak jahat)
Tempoh sy mengenali awk, byk duka n sedih..Walaupun awk selalu cakap sy tak matang, selalu cari pasal dgn awk, selalu nak gaduh2 n macam2 benda yg tak kena apa yg sy buat..lagi2 apabila usia awk makin meningkat n sy tak boleh terima awk waktu tu..Perangai awk berubah semejak awk umur 30an..(pak cik kan 😜) Awk mula serius..awk ckp pasal nak msk minang sy lh, ckp macam2 benda yg awk tak pernah share sebelum ni..Tak gitu sayang?..waktu tu sy tak ready lagi jadi seorang isteri..Pastu kita sama2 stres fikir masalah..mana nak tinggal? bila sy habis belajar?...blaaa blaaaaa🙉🙉
Apa pun sekarang sy terima awk seadanya sayang..walaupun awk ckp sy tak matang,tak ini,tak itu...sy masih blh sabar,kesabaran itu penting dlm perhubungan..Allah itu maha adil..mungkin ujian utk kita..
Oleh sebab awk SEORANG yg sanggup bawa sy pergi makan tempat sy suka makan macam2 makanan, oleh sebab awk blh tahan dgn perangai sy, sanggup terima kelemahan sy, sanggup nak sehidup semati dgn sy, sanggup nak bimbing sy, sanggup nak jaga sy, sanggup tengok sy tanpa mekap sekilo (rabbitface🤓)...sy TERIMA awk seadanya sayang..asal kita sama2 dpt mengejar cinta yg diredhai oleh Allah swt..JANGAN kita hanya berjanji dgn kata-kata atau ucapan shja tetapi dgn perbuatan sayang.
Pada mulanya sy sepatut nikah selepas habis degree dgn awk..tapi perancangan Allah lebih sempurna drpda kita sbg manusia. (Jodoh itu rahsia Allah)
Alhamdulillah dgn restu oleh mak sy & ayah mertua, kami selamat di ijad kabul pada 13.3.2016 sbg suami isteri dgn izin Allah..Semoga hubungan kami diredhai, diberkati, bahagia & kekal hingga jannah.
"Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'adzaban-nar." ‪#‎Aamiin‬
🌸Terima Kasih kpd kedua2 belah pihak keluarga kami.
🌸Terima Kasih kpd pihak yg sponsor...semoga Allah swt murahkan lagi rezeki anda.
🌸Terima Kasih kpd yg hadir dlm majlis kesyukuran perkahwinan kami.
🌸Terima Kasih kpd yg mendoakan kami.
❤💚💜💙💛
Yang sempurna itu dari ALLAH swt
Yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.
Ikhlas dari hati ku..


11 GAMBAR - BEHIND THE SCENE SESI PHOTOSHOOT BABY KEMBAR EINA AZMAN

Gambar-gambar di belakang tabir sesi photoshoot Arianna Aubrey dan Karl Kareef baby kembar sepasang Datin Paduka Eina Azman dengan Dato Paduka Kaiser Gurmeet.

"Photoshoot with mom n dad," ujar Eina ketika sesi photoshoot baby kembar sepasangnya.





Seperti biasa, team The Photolicious telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Dengarnya, team The Photolicious di belanja makan KFC oleh Dato Paduka Kaiser ketika sesi photoshoot tersebut. Untunglah team The Photolicious. Heh!

Jom tengok!























Wednesday, 16 March 2016

6 Cara Isteri Sambut Suami Pulang Dari Kerja, No.3 Paling Disukai Suami

6 Cara Isteri Sambut Suami Pulang Dari Kerja, No.3 Paling Disukai Suami
Walau mungkin ia tidak pernah disuarakan tapi suami yang pulang ke rumah selepas penat bekerja tentunya ingin disambut oleh isteri tercinta. Lebih menggembirakan hatinya bila dirai oleh isteri serta anak dalam keadaan yang menyenangkan.

Rumah bersih serta penampilan isteri yang sedap mata memandang akan meleburkan kepenatannya selepas seharian bekerja. Tapi cara menyambut kepulangan suami bukan dengan dua perkara itu saja.
Ada lagi cara lain yang lebih menyentuh hati suami hingga mungkin membuatkan dia teruja untuk pulang awal setiap hari bertemu anak serta isteri.
Tip dan layanan di bawah ini amat sesuai dipraktikkan untuk anda yang pulang bekerja lebih awal dari suami atau pun suri rumah. Katanya nombor tiga itu adalah cara paling disukai suami. Cuba perhati, ada tak anda melakukan perkara di bawah ini.

1. Memperlihatkan simpati
Fahami peranan suami yang di bahunya terletak tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Jika semua isteri memahami keadaan suami yang bekerja keras selama di tempat kerja demi meraih rezeki maka dia akan lebih menghargai kepulangan suami.

Raikan suami  dan tunjukkan rasa simpati atas kepenatannya bekerja. 'Abang penat ya, sayang buatkan air ya' cara ini saja sudah menyejukkan hati suami. Nampak macam scene drama tapi hakikatnya inilah petua yang dipraktikkan ibu-ibu kita dulu. Jangan sesekali buat tidak endah kepulangan suami kerana ia memperlihatkan anda tidak menghormati dirinya.

2. Senyuman manis
Senyuman manis isteri adalah senjata paling berkesan untuk membuat hati suami berbunga-bunga. Oleh itu bila suami pulang, lemparkan senyuman kepadanya. Jangan tunjukkan wajah yang masam meskipun anda sedang kepenatan atau punya masalah besar.

3. Berpenampilan menarik
Tip ini memang ramai wanita akan mempertikaikannya terutama yang bekerja. Ya lah mana sempat nak cantik-cantik kalau balik rumah terus kena buat kerja. Sebenarnya suami tak mengharap isteri bersolek mampan untuk menyambutnya pulang.

Jika masih berbaju kerja pun tak mengapa, asal rambut jangan kusut masai. Pastikan juga wajah dan pakaian bersih serta badan tidak berbau. Suami sendiri pun lebih suka isteri kelihatan natural.

Tapi bagi suri rumah, tak salah anda siapkan diri dengan kesempatan yang ada. Mandi dan ganti kain batik dan baju T yang berbau masakan dengan pakaian bersih. Boleh juga kenakan secalit gincu losyen badan agar berbau wangi dan tampak segar di mata suami. Tak perlu berlebih-lebihan pun.

4. Sediakan keperluannya
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/16/cute-mustlime-couple1.jpg
Sebagai contoh jika suami pulang menaiki motor sudah tentu dia akan berasa dahaga menempuh perjalanan yang panas, oleh itu sediakan air untuknya. Atau jika suami biasa makan sebaik tiba di rumah maka sediakan hidangan untuk dirinya. Kebiasaan para suami mungkin tidak sama tapi apapun siapkan keperluan suami sebelum dia pulang.

5. Biarkan suami berehat seketika
Apa juga masalah yang berlaku pada anda hari itu, jangan luahkan sebaik suami tiba di rumah. Berikan dia masa untuk berehat. Jangan juga melontarkan pertanyaan-pertanyaan yang memancing pertengkaran. Luahkan perkara itu selepas dia menjamu selera dan penatnya hilang. Ketika itu fikiran suami lebih tenang dan dia ebih bersedia mendengar masalah anda.

6. Buat suasana rumah nyaman dan menyenangkan
Pastikan suasana rumah kemas, tiada surat khabar, pakaian atau mainan anak berterabur di ruang tamu. Meski sebelum itu rumah tunggang langgang tapi usahakan untuk mengemaskannya sebelum suami tiba. Jika anda serabut melihat rumah bersepah, suami anda juga begitu.

Jika diperhatikan sebenarnya semua cara ini bukan sukar dan memerlukan usaha yang banyak untuk dilakukan. Antara mahu tak mahu saja, tapi sebaiknya mulakan seawal mendirikan rumah tangga agar ia menjadi kebiasaan.


Menyayat Hati !! Rupanya Ini Punca Sebenar Elly Mazlein Kehilangan Suami Tahun Lalu, Teruja Dapat Anak Sulung Yang Sungguh Comel !!




Menyayat Hati !! Rupanya Ini Punca Sebenar Elly Mazlein Kehilangan Suami Tahun Lalu, Teruja Dapat Anak Sulung Yang Sungguh Comel !!



Baru sahaja peminat Elly Mazlein, 36, melonjak gembira apabila penyanyi dan pelakon itu mengumumkan selamat menimang anak perempuan... tetapi semalam juga, Elly sekali lagi mengesahkan dia kini sudah tiada suami lagi kerana sudah bercerai talak satu tahun lalu dengan Azmi Hatta.

"Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.

"Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.







"Seboleh-bolehnya saya mahu menjaga aib bekas suami.

"Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

"Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.

"Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini," tambah Elly dengan nada sedih.

Untuk info, petang kelmarin Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014.







Cuaca Panas Undang Jerawat, Praktik 8 Tip Ini Untuk Tanganinya!

Cuaca Panas Undang Jerawat, Praktik 8 Tip Ini Untuk Tanganinya
Sana sini ramai yang mengeluh tentang cuaca bahang ketika ini. Keadaan yang panas ini bukan saja menyebabkan masalah kesihatan seperti demam dan batuk tapi juga mengundang masalah kulit terutamanya jerawat.

Bagi mereka yang memiliki kulit bermasalah, kemunculan jerawat mungkin menjadi lebih banyak daripada biasa kerana inilah persekitaran yang menyebabkan ia tumbuh subur.

Selain daripada faktor hormon dan kebersihan, cuaca panas juga antara punca jerawat tumbuh. Kaitannya, suhu yang panas cenderung membuatkan tubuh lebih banyak menghasilkan peluh.

Peluh yang tidak dibersih bersama kotoran yang tersumbat pada pori-pori kulit akan jadi penyebab jerawat muncul .Jerawat yang tumbuh ini pula bukan sekadar pada kulit wajah tapi juga belakang badan. Ia selalunya meninggalkan parut yang membuatkan kulit tak lagi nampak mulus.

Bagi mengelakkan jerawat musim panas ini menjengah wajah dan anggota tubuh lain ada beberapa langkah yang boleh dilakukan. Masukkan lapan langkah ini dalam rutin anda setiap hari.

1. Cuci wajah selepas melakukan aktiviti di luar. Jangan biar peluh yang kering dan kotoran menempel lama pada wajah. Pori-pori kulit yang tersumbat peluh dan kotoran faktor utama jerawat naik dengan cepat.

2. Jangan kerap menyentuh wajah. Bila wajah berpeluh dan berminyak lap dengan tisu bukan dengan tangan anda terutama ketika ia kotor.

3. Bila mencuci wajah, jangan menggosok atau menyental kerana ia boleh menyebabkan jerawat luka dan lambat pulih.

4. Cuba gunakan mekap 'non-comedogenic' yang lebih lembut untuk kulit yang berjerawat.

5. Amalkan mengoles masker anti jerawat seminggu sekali pada wajah.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/14/jerawat.jpg
6. Mandi paling kurang tiga kali sehari. Ia akan mencegah kotoran dan bakteria masuk ke dalam pori-pori punca jerawat pada badan.

7. Pakai pakaian longgar untuk mencegah penguapan peluh. Ia juga buat anda rasa selesa, Pakaian yang ketat mendorong peluh melekat pada kulit tubuh.

8. Bagi yang bertudung, jangan mengikat atau pin dengan ketat lilitan selendang. Ia boleh menyebabkan rasa gatal, ruam dan jerawat bawah dagu dan bahagian tepi wajah.

Selain daripada tip di atas, pastikan juga anda minum banyak air ketika cuaca panas bahang ini. Ia memastikan kulit mendapatkan kelembapan yang secukupnya dan mengurangkan masalah.

Sumber www.healthmeup.com


Eksklusif Foto Rumah Mewah Mira Filzah Yang Buat Korang Terlopong Mulut




Pelakon Baru yang membina nama sepanjang 2015, Mira Filzah kembali dengan drama terbaru iaitu Drama Cinta Si wedding Planner . Mira Filzah terkenal dengan drama Abang Beduk menarik minat penonton untuk menonton setiap drama lakonan beliau.


BIODATA MIRA FILZAH I DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER !


Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Binti Badiozaman

Nama Artis : Mira Filzah

Umur : 22 Tahun (2015 )

Tempat Lahir : Bangi Selangor

Kerjaya: Model, Pelakon , Blogger

Drama : Eksperiment Cinta, Abang Beduk, Nasi Dagang Lembu Korban ,Cinta Si Wedding Planner .