Tuesday, 1 March 2016

'Saya Anak Haram, Sama Level Dengan Babi'


Aku nak kongsia sebuah cerita. Cerita mengenai seorang budak lelaki, iaitu kawan kepada adik aku. Aku namakan dia sebagai Budi. 
Budi sebaya dengan adik aku, 10 tahun. Budi tinggal dengan seorang bekas jiran aku yang tiada anak. Dia mengambil Budi dari rumah anak yatim dan jadikan Budi sebagai anak angkat. 
Ibu bapa Budi tidak dapat dikesan, tetapi Budi memang ditinggalkan di depan rumah anak yatim itu sejak dia masih bayi lagi. Dari hari itulah, pihak rumah anak yatim menjaganya sampai sekarang.
Apa yang membuatkan aku rasa sedih mengenai Budi ini ialah, stigma masyarakat kita. Ya, aku sebenarnya tak tahu macam mana sesetengah orang tahu yang Budi ini sebenarnya anak tidak sah taraf.
Adik aku selalu cerita macam mana penerimaan kawan-kawan sekolahnya terhadap Budi. Kalau ada pergaduhan kecil berlaku, terus mulut mereka berkata,
"Kau tu dahlah anak haram, tak ada mak bapak. Anak haram pulak tu!"
Aku faham, biasalah budak-budak bergaduh. Tetapi apa yang membuatkan saya kecewa ialah, persepsi masyarakat kita yang suka melabelkan orang lain mengikut sesuka hati sehingga menjadi ikutan. 
Bila mak angkat Budi buat aduan di sekolah yang Budi asyik balik dengan muka cedera kena pukul semua, tiada sebarang tindakan tegas dari pihak sekolah. Oleh kerana tidak berpuas hati, mak angkat Budi selalu mencari ibu bapa pelajar yang membuli anaknya selama ini. Mereka bersemuka dan meminta ibu bapa pelajar terbabit mengajar anak-anak mereka berkelakuan baik. 
Malangnya, ibu bapa pelajar yang terlibat tidak berlapang dada dan menyalahkan Budi sebagai pencetus pergaduhan. Menurut mereka, anak mereka baik orangnya, Budi yang selalu mencari pasal, bukannya anak mereka. Bermacam-macam lagi tuduhan yang mak angkat Budi terpaksa telan begitu sahaja.
Sekarang, mereka telah berpindah. Mak angkat Budi buat keputusan drastik untuk balik ke kampung dan sekolahkan Budi di kampung. 
Aku masih ingat lagi masa hari terakhir mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.
"Akak tak payahlah sedih sangat bila Budi sudah tiada. Budi kan anak haram, sama level macam babi. Babi kan haram. Kotor, sentuh saja dah berdosa," katanya yang membuatkan aku terus tersentap. 
Kata-kata itu terpacul dari mulut budak berusia 10 tahun. Budi tersengih-sengih melihat aku. Tiada sedikit pun wajahnya nampak sedih. Adik aku kata, memang Budi selalu diejek begitu dan dia sudah lali disamakan dengan babi. Ini juga kerana di mindset orang, Budi adalah anak haram dan haram.
Seorang anak yang dilahirkan dari pasangan yang buat maksiat terus dilabelkan sebagai 'haram'. Masyarakat terus memanggil anak-anak seperti ini 'anak haram'. Bagi aku, Budi sama seperti budak-budak lain. Jika iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, jadi adillah kalau aku kata dosa tidak dapat diwarisi dari ibu bapa yang berzina. 
Kenapa ada istilah 'anak haram'? Aku kadang-kadang terfikir siapa yang haram sebenarnya? Entahlah macam mana bila Budi dewasa kelak. Aku tidak faham masyarakat kita yang memandang serong pada golongan yang tidak bersalah tetapi dipandang salah sebab dosa ibu bapa mereka.
Aku minta, kalau kau orang mempunyai rakan seperti ini, tolong bertimbang rasa dan jaga pertuturan anda. Jangan dipandang hina pada mereka disebabkan dosa ibu bapa mereka. Mereka tidak bersalah dan tidak diminta untuk dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf. - Wall Flower (IIUM Confession) | PIXEL MEDIA


Cara Dapatkan Rumah, Kereta Dan Simpanan Dalam 3 Tahun Dengan Gaji RM2000



Kita selalu membaca tentang teknik untuk mendapatkan beberapa buah rumah dalam tempoh tertentu dan mungkin ada di antara kita yang gagal untuk aplikasikan teknik yang sama berikutan masalah gaji.
Kali ini saya kongsikan idea yang hampir sama dengan gaji RM2000 sebulan untuk dapatkan 2 buah rumah, kereta, perlindungan Takaful dan simpanan untuk belanja kahwin dalam masa 3 tahun.
1. Lelaki Bujang
Gaji: RM2000
Makan minum: RM400
Minyak Motor: RM100
Ibu Bapa: RM200
Bayar Bilik Sewa: RM300
Lain-lain: RM100
Baki: RM900
2. Tahun Pertama
Mohon Pembiayaan ASB Islamik RM150K. Bulanan RM850. Bayar setiap bulan dan simpan dividen.
Jumlah pembiayaan: RM150K
Bayaran bulanan: RM850
Tenure: 30 tahun
Profit bank: 5.2%
3. Tahun Kedua
Bayar ASB macam biasa. Simpan dividen jangan usik. Katakan masa ini gaji dah naik RM2100.
Simpan RM100X12= RM1200 untuk kos guaman / kos sampingan beli rumah nanti.
Dalam 2 tahun ini kau belajarlah ilmu hartanah yang asas. Ilmu jadi tuan rumah misalnya serta tambah kenalan ejen hartanah dan pegawai bank.
4. Tahun Ketiga
Tamatkan ASB setelah 2 tahun dividen compounding. Tamatkan ASB, katakan 2 tahun dividen diumumkan 7.25%.
Jadi, dividen terkumpul: RM22,500 pulangan prinsipal: RM4300.
Jumlah terkumpul adalah: RM26,800.
Simpan RM26,800 dalam ASB atau pun Tabung Haji.
Tips Penting
1. Cari rumah bawah RM120K. Katakan ada rumah apartmen 3 bilik berharga RM120K dan deposit 10% diperlukan adalah RM12,000. Gunakan duit dividen ASB untuk bayar deposit.
RM26,800-RM12,000 = RM14,800
2. Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik dengan harga RM300.
Kau duduk bilik paling kecil ataupun tidur ruang tamu je. Bulanan bayar dekat bank RM550. Jadi, aliran tunai positif RM900-RM550=RM350.
3. Biarkan ada transaksi RM900 masuk dalam bank kau setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah kedua.
4. Beli lagi rumah apartmen kedua dibawah harga RM120K. Gunakan duit ASB berbaki RM14,800 tadi sebagai deposit. RM14,800-RM12,000=RM2,800
5. Sewakan ikut bilik dengan harga RM300 dan bayaran pada bank sebanyak RM550. Untung RM900-RM550=RM350.
6. Baki duit ASB masih ada lagi RM2,800.
7. Selepas 3 tahun, gaji kau sekarang sudah ada RM2300 (andaikan tiap tahun gaji naik RM100)+ RM700 (aliran tunai sewa rumah) = RM3,000!!!. Dalam 3 tahun je dah meningkat mendadak.
Jadi, untung ada dua rumah sewa ni. RM700 tiap bulan tu kau nak buat apa? Duit gaji kau duk saja tu kau nak buat apa pulak?
Antara perkara yang kau boleh buat:
i. Boleh beli kereta tempatan baru yang murah dengan ansuran di bawah RM400 setiap bulan.
ii. Kumpul duit dan beli kereta tempatan terpakai secara tunai.
iii. Beli lagi rumah selepas 6 bulan membeli rumah kedua.
iv. Mohon ASB Financing RM200K,
bayar setahun lepas tu rolling saja.
v. Mohon ASB2 Financing RM200K, bayar setahun lepas tu rolling saja.
vi. Simpan untuk belanja kahwin.
vii. Pelaburan unit amanah, beli emas tiap bulan 1 gram. Buat perlindungan takaful RM150 sebulan.
viii. Bagi ke aku kalau kau ikut idea ni. Kakakaka.
Plan B:
Boleh permohonan pembiayaan perumahan 2 rumah serentak. Jimat masa dan tenaga.
Tapi, kekuatan kewangan kau kena kuat sikit. Kalau rumah pertama tak ada penyewa, mati kau nak bayar dua buah rumah serentak.
Jadi, rancanglah dan dapatkan nasihat orang berpengalaman. Lokasi dan permintaan penyewa penting!
Kesimpulan
Nampak? Dengan ilmu hartanah + ilmu manipulasi ASB, kau tak perlu bayar pun apa kau nak buat. Orang tolong bayarkan.
Tapi, kau kena berkorban. Tangguhkan kemahuan kau setahun dua. Hidup di bawah kemampuan.
Kenapa aku suruh kau buat ASB Financing dulu? Selain mengumpul deposit rumah, kau juga melatih diri kau berdisiplin. Jika 2 tahun kau tak mampu bayar konsisten RM850 tu, lupakan angan- angan kau nak jadi kaya. Itu bermakna kau belum mampu menguruskan kewangan kau lagi.
Pembiayaan ASB Islamik jika kau tak mampu, kau boleh terminate dan jika kau dah yakin mampu bayar barulah kau melangkah untuk jadi pelabur hartanah. Jadi tuan rumah.
Walaupun gaji kau RM2000, datang jumpa bakal ayah mertua, dia dah tahu kau dah ada 2 buah rumah, kereta dan perlindungan takaful, agaknya bakal ayah mertua kau nak tolak ke? Kehkeh.
Takde la lepas kahwin cakap mana mampu nak beli rumah, cakap banyak tanggungan la, nak beli lampin anak la. Masa bujang tu kena usaha kuat sikit. Kah!
Penafian:
1. Ini idea dan gambaran kasar sahaja.
2. Andaian ASB Financing RM150K & 30 tahun tempoh pembiayaan & 5.2% dengan Kadar Faedah & Dividen ASB diumumkan 7.25%.
3. Kiraan anggaran kasar sahaja.
4. Jangan jadi pembaris. Sesuaikan dengan ekonomi kau. Jangan telan mentah- mentah. Kaji dulu.
5. Rumah subsale / lelong apartmen. Bukannya rumah baru / bertanah.


ERRA FAZIRA Kantoi BESAR!! Inilah foto-foto bakal suami Erra Fazira terpaksa didedahkan! Ternyata pilihan Erra kali ini TEPAT

ERRA FAZIRA Kantoi BESAR!! Inilah foto-foto bakal suami Erra Fazira terpaksa didedahkan! Ternyata pilihan Erra kali ini TEPAT. Hensem sangat orangnya kan.

Sumber: buletinpantas


Selebriti serba boleh, Erra Fazira akhirnya telah membuat keputusan untuk mendedahkan siapakah gerangan yang berjaya mencuri hatinya sejak kebelakangan ini.

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.


“Umur saya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah penat dan muak dengan semua gosip seperti itu,” katanya.
Sumber asal : Blog Infoterbaikanda


5 Kejadian paling pelik berlaku di malam Anugerah Meletop Era 2016 pada Ahad lalu yang tak masuk akal

Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2016 atau AME2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

Anugerah anjuran Astro dan Era FM ini mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Dah nama pun acara penyampaian anugerah, tak sah kalau tak ada benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku, kan?
Disini kami sediakan 5 highlight menarik AME2016 buat tatapan anda. Jom ushar sama-sama!

1. Tema Glamour Futuristic!
Aisyah Aziz
Nabil & Zira
Firman & Ziha AF2015 
DeFam
Qistina Enara (VJ PeaceYallFM)
Ozlyn
AME 2016 bertemakan Glamour Futuristic dengan tagline ‘Satu Malam, Seribu Senyuman’. Bukan main sakan artis-artis ni bergaya ikut tema! Korang rasa, cantik ke pelik?
2. Akim Dan Stacy – Pengantin Baru Paling Sweet!


Dengan inai yang masih kemerahan di jari masing-masing, kemanisan pengantin baru ini terbawa-bawa sampai ke atas pentas AME2016!

Semasa berduet menyanyikan lagu Pelangi Senja dengan Stacy, Akim tanpa sengaja terlanggar bahu isterinya lalu secara spontan terus memeluk Stacy. Korang tengoklah sendiri video yang Hairul Azreen sempat rakam ni!
Tonton video di SINI.

Gelagat romantik Akim-Stacy di atas pentas ternyata menarik perhatian para peminat. Sweet tahap potong kaki!



3. Ayda Jebat Tumpaskan Dato Siti!


Wah, Ayda Jebat menang besar malam tadi! Gadis genit ini merangkul 5 trofi kemenangan termasuk anugerah utama, iaitu Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP.


Ternyata lagu Bukan Diriku serta drama MAID membawa tuah kepada Ayda. Sampai jatuh air mata ‘si kenid’ ni masa bagi ucapan ambil anugerah!

Tapi dalam kegembiraannya itu, Ayda dikritik hebat oleh netizen yang tidak puas hati dengan kemenangannya. Dia juga dipertikaikan kerana menumpaskan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza!
Apa pun, peminat-peminat Ayda Jebat dah jalankan tugas dengan baik sampai artis kesayangan mereka ni bolot 5 anugerah di AME2016 malam tadi. Tahniah AJ Screamers!

4. Neelofa Rapping

Neelofa bukan sahaja bertindak sebagai salah seorang hos AME2016, malah dia mengejutkan penonton dengan persembahan nyanyian bergenre rap setelah dicabar oleh AC Mizal!


Persembahan Neelofa itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dari kalangan orang awam, tetapi juga artis Hip Hop dengan nama jolokan The Prince of Damansara, Caprice! Semangat Caprice minta video nyanyian Neelofa nak hantar kat satu kampung!

5. Nora Komen Isu Auto Tune Artis Baru


Sebenarnya ramai juga yang komen persembahan artis baru yang menyanyi live di AME2016 semalam sumbang dan sangat lain dengan versi rakaman studio. Tup tup, penyanyi senior bersuara merdu, Nora Ariffin pun bersuara pasal isu auto tune ni!

Nah, kami belanja keputusan penuh AME2016 di bawah ini buat tatapan anda. Sama tak macam apa yang korang ramalkan? ;)

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2016

DRAMA MELETOP: M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP: Johan

HOS MELETOP: Dato AC Mizal

PELAKON MELETOP: Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP: Ayda Jebat – Siapa Diriku

PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat

GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP: Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak

ARTIS BAHARU MELETOP: Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP: Datuk Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn

FESYEN MELETOP: Datuk AC Mizal

Sumber: Ohbulan


CARA KETAHUI SIFAT PEREMPUAN DARI BENTUK BIBIRNYA


Percaya tidak kalau anda dapat membaca sifat teman, pacar atau mungkin keluarga wanita anda dari bentuk bibirnya saja. Setiap orang memiliki karakter bawaan yang sudah diwariskan oleh Tuhan, apalagi wanita yang memiliki banyak karakter dari bentuk tubuhnya.
Salah satunya adalah bentuk bibir yang berbeda-beda, dan hal ini akan sangat menarik sekali untuk diketahui. Bentuk bibir kecil, sedikit monyong, besar, dan bentuk bibir lainnya lucu sekali bila dilihat.
Apalagi di saat wanita sedang berkumpul rasanya dunia milik mereka saja, pasalnya jika para pria berkumpul tidak akan seheboh gerombolan wanita. Jadi wajar saja banyak yang menyebut wanita biang gosip. Gosip seakan-akan sudah mendarah daging bagi mereka.

Bibir Atas dan Bibir Bawah Tipis

bibir tipis
Karakter pemilik bibir ini adalah pekerja keras, bertanggung jawab, dan pantang putus asa. Biasanya anda terkenal sebagai orang yang memiliki ekspetasi tinggi terhadap hal-hal yang anda lakukan dan memiliki selera berlevel tinggi. Serius juga merupakan karakter anda.
Sayangnya anda bukan tipe orang perasa, anda tidak mudah menembak perasaan sekitar anda. Saking sulitnya percaya dengan orang lain, anda harus memilih orang yang tepat untuk mendengarkan keluhan anda.

Bahagian Bibir Atas dan Bawah Tebal

tebal atas bawah

Menyenangkan adalah sifat anda pemilik bibir tebal, sehingga banyak yang menyukai anda. Guyonan anda akan membuat orang-orang sekitar anda merasa terhibur dan betah berlama-lama di dekat anda.
Menurut anda hidup ini “berharga” jadi ketika anda mempunyai kesalahan, anda akan terus menebus dosa atau kesalahan anda sampai anda menjadi seseorang yang lebih baik lagi dan lebih-lebih baik lagi dari sebelumnya.
Kedamaian adalah impian anda, untuk itu anda akan sangat marah besar saat ada yang ingin merusak kedamaian anda. Kesenangan hidup adalah prioritas anda, sekali dirusak, anda akan bertindak tegas dan keras.
Banyak yang beranggapan memiliki bibir tebal berarti banyak bicaranya. Pernyataan tersebut benar, anda doyan berbicara panjang lebar dan di luar topik inti pembicaraan. Apalagi jika sudah membicarakan mengenai pengalaman hidup anda, dengan senang hati anda akan membeberkannya secara lengkap dan jelas.
Tak jarang banyak orang yang ingin diberi saran oleh anda, selain memang anda mudah bergaul dengan orang baru. Anda juga dengan enteng menceritakan pengalaman anda tanpa ada yang anda tutupi. Dengan demikian anda termasuk banyak memiliki teman tanpa batasan usia maupun latar belakang.

Bagian Bibir Atas Tipis dan Bibir Bawah Tebal

sifat wanita bibir tebal

Sifat anda yang menonjol adalah dermawan, anda akan terbuka untuk mengulurkan bantuan dengan ikhlas. Anda tidak pernah terbebani dengan amal, walaupun anda sendiri sedang mengalami kesulitan dalam hal materi. Iya sifat dermawan anda lebih tinggi daripada memikirkan diri sendri.
Murah hati juga milik anda pemilik bibir tipis di bagian atas dan tebal di bagian bawah. Anda akan banyak bicara saat dipancing lawan bicara, sebelum dipancing anda akan biasa saja. Banyak yang meminta saran kepada anda, karena hampir rata-rata saran anda bagus dan baik diterima terkiniinfomy.blogspot.com


Kepada Sesiapa Yang Selalu SAKIT KEPALA, PENING KEPALA, MIGRAIN dan Lain2 Boleh Cuba Ayat ALQURAN Ini, InsyaAllah Sembuh



siape yang selalu pening kepala, sakit kepala, migrain atau seangkatan dengannya.. boleh la cuba ayat ini, INSYAALLAH sembuh.


siape yang selalu pening kepala, sakit kepala, migrain atau seangkatan dengannya.. boleh la cuba ayat ini, INSYAALLAH sembuh..
Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Thursday, February 4, 2016


MENYAMPAH!! 11 Trend Perkahwinan Melayu Bajet ‘Moden’ Yang Popular

Gua nak habaq mai sebagai seorang bujang terang tang tang ni yang majlis kahwin orang Melayu laa ni sikit punya trendy. Dia macam satu jenis hipster ar ngan hashtag...
11 Trend Perkahwinan Melayu Bajet 'Moden' Yang Popular
Gua nak habaq mai sebagai seorang bujang terang tang tang ni yang majlis kahwin orang Melayu laa ni sikit punya trendy. Dia macam satu jenis hipster ar ngan hashtag #tilljannah semua bagai ar kalo nak kahwin ni nak habaq mai. Transformasi majlis perkahwinan budaya Melayu ni dapat lar kita tengok dengan perkembangan pesat medium-medium media sosial ni.
11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular9
Pokoknya, memang nak kahwin ni, kena ikut trend tekini. Mesti mau INSTAGRAM, PINTEREST, TUMBLR, ETSY, ONCE WED semua bagai ar. Jom kita tengok apa dia benda-benda yang trendy dalam “transformasi” Majlis Perkahwinan Melayu yang ala-ala hipster zaman sekarang ni bak kata hipster-hipster kaki kahwin ni, “to f*** halal way”:

1. Majlis Pra-Pertunangan Dan Pasca-Pertunangan

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular7
Fuhhh! Tu dia! Masa pra pertunangan ni kita boleh tengok betapa sibuknya “bakal-bakal” tunang ni pergi cari pengapit baju sedondon bagai. Tapi baru nak tunang jer kot? Sibuk dia mengalahkan orang nak nikah dah. Masa pertunangan ni lar kita nak dok habak yang kita ni masih virgin bagai semua aih! Chit!
Ok lepas kita dah bertunang, cam biasa, “sesi bergambar” sebab dah alang-alang rombongan gerombolan meminang/bertunang tadi dah penat kita “pakaikan” baju sedondon. Pastu pi bergambar kat area jejambat Putrajaya ke ngadap Tasik Putrajaya ke. FUHH! Belum kahwin lagi. Haaaa! Gambar tu pun apa lagi, posting kat TUMBLR, INSTAGRAM ar siap #Engaged #loveTILLjannah ar bagai. Ish!

2. “Bachelor Party/Bridal Shower”

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular5
Ini satu lagi musabab Melayu urban sekarang ni transform jadi omputeh ler kunun. Parti bujang apa jadah nyer? Siap buat kat tempat mewah bagai. PARTI BUJANG ATAS BUMBUNG TEPI SWIMMING POOL bagai Melayu kita ni. Fuhh hebat pengaruh TV ni. Tangkap gambar masa parti ni pastu hashtag ar:- #bae #sister4life dsb. PUI!

3. Pengapit (Omputeh Dia:” Bestmen-Bridesmaid” Atau Double Seven Dwarves)

Ini pun kita boleh tengok depa ni transformasi siap bawak Geng 77 ikut belakang sampai ke jinjang pelamin bagai. Pakai dua orang pengapit tu ok what tak yah ar sampai bawak Geng 77 nak ikut berarak dengan baju sedondon ni follow belakang bawak bunga yang depa gelar ‘flower girl’ Geng 77 gitu. Mat Salleh kunun!

4. RSVP! RSVP!

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular3
Ni satu lagi fail! Kalo kita buat Majlis kat depan umah bagai, ko datang jer ar, takyah ar nak RSVP RSVP bagai. Macam lar majlis tu private buat kat pulau milik persendirian ala-ala artis Hollywood tu. Ish! Pleeeeese ar weh! Fail optimum!

5. “Bunga Manggar? Bunga Telor? Basket Full Of Candy? Takkan Gula-Gula Jer?”

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular6
Zaman dulu, sebagai tanda penghargaan ar sebab sudi datang, dapat lar seketul atau berketul-ketul (bagi kaki rembat) bunga telor balut ngan tisu. Tapi zaman hipster ni, FUHHH! Macam-macam rupa dah. Ada yang bagi basket ngan candybar/gula-gula/ Ferrero Roche bagai. Fuhhh! #bungatelorKUhabis

6. “Guestbook a.k.a Buku Kehadiran”

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular
Ini gua komen lebih kang kata cam melawat galeri seni pulak tak pun cam nak masuk meeting ke apa nak kena sign “borang kehadiran” bagai. LAGI SEKALI #kahwinKEmeetingNI?

7. “Photobooth Untuk Tangkap Gambar”

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular2
Trend ni siap ada tempat nak ambik gambar pegang signage gambar Misai Wak Doyok ar, “Dah Kahwin” ar, “I’m Next” macam macam. Apa kaitan misai Wak Doyok ngan perkahwinan korunks ni weh?

8. Gambar Kahwin

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular4
Sila rujuk point (1) sebab lebih kurang situasi dia dan malas gua nak ulas balik.
OK. Kita dah tengok Ke-hipster-an Transformasi Majlis Kahwin Melayu sekarang ni kan kan. Mai kita tengok lepas depa dah kahwin sok, Ada lagi penularan pengaruh hipster-hipster ni dalam institusi rumah tangga Melayu kita ni. Jom kita tengok:-

9. Baby Shower

11-Trend-Perkahwinan-Melayu-Bajet-Moden-Yang-Popular10
Hipster-hipster kita mula lar nak panggil orang ramai buat babyshower makan cokelat bagai. Hey! Baik lar ko buat kenduri doa selamat jer panggil tok imam bacakan doa. Sempoi jer. Nak tiru omputeh apa hal?

10. Photoshoot Baby

HAAA! KO ambik ar gambar anak ko tu, letak kat dalam handbag mahal-mahal cam Tod’s ke, Fendi ke Chanel ke pastu ko post kat instagram hashtag ar #babyB #omeyOMEY.

11. 1St Year Anniversary

HAAA ni yang paling akhir ar. Lepas ko dah lalui liku-liku perkahwinan hipster anda tu. Jangan lupa untuk sambut setahun meredah badai hipster rumahtangga. Pergi ar bercuti kat #ParisImInlove ker pastu Insta jer hashtag #tilljannah. Macam lark o boley melompat ala-ala Tom Cruise ataih kerusi Oprah tu aih!