Monday 1 February 2016

Jeep Malaysia


IMG-20141120-WA0006
DRB-Hicom telah mengumumkan bahawa anak syarikatnya Edaran Otomobil Nasional (EON) telah dilantik oleh Chrysler sebagai pengedar eksklusif Jeep di Malaysia pada bulan Jun yang lalu.
Dalam satu kenyataan media yang telah dikeluarkan, DRB-Hicom mengatakan yang jualan akan dimulakan pada bulan Oktober dengan empat model dibawa masuk ke Malaysia iaitu Grand Cherokee, Cherokee, Wrangler dan Compass.
Difahamkan juga DRB-Hicom bercadang untuk membangunkan satu pusat 3S (Sales, Service dan Spare Part) Jeep di Glenmarie pada masa sama ianya dijual. Sudah lebih 15 tahun sejak jenama tersebut dikeluarkan sebelum ini.
IMG_20141120_195445
Satu pelancaran tidak rasmi telah dianjurkan oleh DRB-Hicom di Holiday Inn, Glenmarie pada 20 November 2014 yang lalu di mana Jeep Malaysia telah membuat pelancaran ke atas 6 varian Jeep yang merangkumi model Compass Limited, Cherokee Trailhawk, Grand Cherokee Overland, Wrangler Unlimited Sport, Wrangler Unlimited Sahara dan Wrangler Rubicon.
Di samping itu juga, DRB-Hicom mengesahkan yang pelancaran rasmi bakal diadakan pada minggu ini yang akan diadakan di 3S Centre Jeep Malaysia di Glenmarie bersama-sama dengan 6 varian Jeep ini pada hari tersebut.
IMG_20141120_202526
Yang paling menarik tentang pelancaran varian Jeep di Malaysia kali ini ialah pembeli akan diberi cukai jalan percuma selama dua tahun, dua tahun premium insurans percuma dan juga kadar faedah rendah sebanyak 2 peratus sahaja.
IMG_20141120_210056
Menurut wakil jualan DRB-Hicom, harga-harga bagi 6 varian tersebut adalah seperti di bawah. Walau bagaimanapun, sumber juga mengatakan yang harganya mungkin lebih rendah semasa pelancaran rasmi diadakan pada minggu ini.
  • Compass Limited – RM250,000++
  • Cherokee Trailhawk – RM370,000++
  • Grand Cherokee Overland – RM470,000++
  • Wrangler Unlimited Sport – RM290,000++
  • Wrangler Unlimited Sahara – RM340,000++
  • Wrangler Rubicon – RM350,000++




0 comments:

Post a Comment