Wednesday 9 March 2016

Filled Under:

Lelaki Ini Buat Perbandingan Pelanggan Kafe Ikea Malaysia dan Luar Negara

Lelaki Ini Buat Perbandingan Pelanggan Kafe Ikea Malaysia Dan Luar Negara
Sebut pasal kafe Ikea yang terbayang mesti hidangan bebola daging di situ. Tak lengkap kalau tak makan hidangan ini bila dah ke sana. Tapi kerana keghairahan untuk menikmati makanan ini jugalah ramai pelanggan yang hilang adab sopan.

Makan bersepah, meja tak dikemaskan, berebut dan buat tak endah selepas makan pada orang lain yang menunggu. Ini adalah luahan seorang lelaki bila berkunjung ke gedung ini. Ia katanya sama sekali berbeza dengan pengalaman ke Ikea di Jerman ketika dia tinggal di sana.

Baca catatan Khairul Abdullah di Facebook yang mendapat lebih 12 ribu perkongsian. Mohon jangan ada yang  buat perkara ini ya. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/8/Capture.jpg

"Dah habis makan sembang, buat bodoh orang yang menunggu"

Saya masih ingat ketika pertama kali berkunjung ke Ikea pada tahun 1996 semasa ia dibuka. Ketika itu Ikea Malaysia masih "menumpang" di One Utama. Dengan saiz yang jauh lebih kecil, memang sesak dengan manusia. Namun ketika itu tiada restoran besar dibuka kerana masalah ruang yang terhad.

Tahun 2003, Ikea ada bangunan sendiri. Saya hadir di hari pembukaannya dan melihat ragam manusia berebut membeli barangan pada harga diskaun. Ada yang terjatuh, ada yang bergaduh dan ada yang menangis.

Mujurlah yang menangis tadi dapat ditenteramkan perasaannya dengan makan bebola daging di restoran. Air pun boleh ditambah berulang kali percuma. Memang best waktu tu. Namun apa yang berlaku di restoran jauh dari apa yang dijangka. Adab dan tatasusila hilang entah ke mana.

Ikea sudah menekankan agar semua proses adalah layan diri dari pembelian hinggalah ke pengemasan meja apabila selesai makan. Sudah ditulis dan diterangkan dengan jelas tatacara tersebut. Tetapi apakan daya, sikap dan budaya yang telah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia melampaui segalanya. Meja berterabur dan kacau bilau jadinya.

Siapa yang nak duduk makan maka dialah yang kena kemas meja. Selepas makan dia pulak tinggalkan untuk orang seterusnya kemas.

Jika di waktu puncak maka berdirilah kita menunggu atau mencari meja kosong, kalau yang dah habis makan pun akan terus duduk sehingga waktu borak dan sembang dan gossip selesai maka barulah beredar dan ketika itulah anda berpeluang berebut dengan orang lain yang turut menunggu.

Kadang-kadang kita pergi menunggu di sebelah meja sambil buat-buat tengok jam pun diorang masih boleh buat bodoh sahaja. Sembang dan sembang dan terus sembang sambil tangan menguis-nguis sisa makanan di atas meja. Dan sehingga ke hari ini, begitulah caranya. Itulah budaya kita. Itulah wajah kita.


"Anak tuang air atas meja, jatuhkan makanan mak bapa cuma jeling saja"

Pekerja Bangladesh mula menampakkan diri di ruang restoran Ikea untuk mengambil alih tugas membersihkan dan mengemas meja tuan-tuan besar ini. Setiap meja perlu ambil masa yang lama kerana bukan sekadar mengemas pinggan dan gelas tetapi mengelap tumpahan, mengumpul sisa di atas meja, mengumpul sisa di lantai dan macam-macam lagi.

Ada anak-anak yang tuang air atas lantai, anak jatuhkan nugget, pasta dan sebagainya atas lantai, mak bapak jeling sahaja. Tak apalah nanti mat Bangla tu takde kerja pula kata mereka.

Entahlah, sampai bila sikap begini harus ada dalam diri rakyat Malaysia yang kononnya akan menjadi negara maju tidak sampai beberapa tahun lagi sahaja.

Saya sudah hampir 5 tahun tidak makan di Ikea Malaysia di mana dalam masa 4 tahun saya makan di Ikea Jerman. Pengalamannya ibarat langit dengan bumi.

Di Ikea Frankfurt, hanya ada seorang makcik berbangsa Turki bertudung bertugas menambah kopi dan susu sahaja. Tidak ada pengemas meja, tukang sapu lantai dan sebagainya. Restoran bersih dan kemas walaupun sarat dan padat dengan pengunjung.

Selesai makan semua mengemas meja sendiri, kutip setiap sisa dan butiran yang jatuh ke lantai, lap meja dengan tisu dan susun kembali kerusi dengan kemas. Tray dibawa ke tempat yang disediakan.

Sekali sekala jika tiada kerja makcik Turki tadi akan berjalan ke ruang makan restoran untuk ejas-ejas sedikit kerusi supaya lebih "perfect".

Jika anda datang dan meja penuh ketika itu, sesiapa yang hampir selesai makan akan segera menghabiskan makanan dan mengemas meja lalu mempelawa anda duduk di meja tersebut.

Bagi yang membawa anak kecil lagi mudah. Anda sentiasa diberi keutamaan, mereka akan segera mempelawa anda duduk di meja mereka yang telah mereka kemaskan.

Sikap-sikap begini yang membuatkan saya sangat rindukan Jerman. Sebuah negara yang kononnya kafir dan jahat dengan rakyatnya yang ganas dan garang. Sebaliknya kita di timur ini terkenal dengan ramah mesra dan adab sopan.

Kononnnnn.


"Acah-acah tuan besar"

Selepas banyak bulan sudah kembali ke Malaysia, beberapa kali juga saya jejakkan kaki ke Ikea untuk membeli barangan, dan cuba juga untuk masuk ke restoran dan menikmati bebola daging yang hampir 5 tahun saya tidak merasa.

Namun apabila melihat keadaan restoran, tak mengapalah. Lebih baik saya tapau sahaja di warung Kak Timah di bawah pokok ceri di Jalan Sungai Buloh ketika mengarah balik ke Shah Alam nanti.

Makan dan mengemas sendiri di rumah adalah lebih baik dari sakit hati melihat sikap rakyat Malaysia yang acah-acah tuan besar, pengotor dan pemalas. Apa nak jadi dengan kita ni? Entahlah..I dont know.

Tepuk dada dan tanya iman masing-masing.




Sumber Facebook Khairul Abdullah

Kredit Foto:  craving4food.blogdpot.com




0 comments:

Post a Comment