PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami..
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz
Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan
ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
.
ℹKawan-kawan yang berniaga secara
berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh
baca point no 11 di bawah.
.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat
sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan
tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah
<- Pegangan.
.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang
datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh
peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama
nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh
(samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan
bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang
dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan
kalau boleh, adakan saksi.
.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak
pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga
pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.
ℹContohnya, buang harga (jual dengan
terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan
melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah
diberikan).
.
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena
perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti
barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja.
Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada
isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos
lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa
akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank
ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.
8. Selain ejen dropship dan affiliate
dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki.
Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang
tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh,
adalah amat ketat.
.
9. Untuk produk affiliate dan
dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak
memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita
dikira wakil kepada penjual.
.
10. Agen tidak boleh menjual pada
harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun
pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
.
ℹContohnya, bila ada salah seorang
rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni
dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang
menjual produk kesihatan.
.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.
0 comments:
Post a Comment