Thursday 4 February 2016

Filled Under:

Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

Tip Hadiri Reunion Agar Cinta Lama Tak Bertaut Kembali
Reunion punca cerai. Ini tajuk yang VK baca beberapa hari lepas berkait tentang seorang artis tanah air. Meski dinafikan bekas isteri namun point reunion ini sebagai sebab keretakan rumah tangga memang menarik untuk dirungkai.

Ada banyak cerita tentang reunion atau pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah atau kolej yang membibitkan kembali benih cinta lama. Hingga menakutkan pula pasangan bila suami atau isteri berkata mahu menghadiri majlis seperti ini.

Tapi salah reunion kah? Tidak. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama.

Walau bekas kekasih makin cantik atau segak, jika suami atau isteri bertakhta di hati, ia takkan pernah menggugat kesetiaan. Meski insan yang pernah anda cinta itu dulu cuba-cuba untuk kembali mendekati tapi jika kesetiaan di tahap tinggi godaan itu mampu ditepis.

Semuanya terletak pada kesetiaan dan hati masing-masing. Reunion hanya faktor pencetus, sama seperti Facebook yang turut banyak menyebabkan keretakan rumah tangga.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/3/index.jpg

Tapi sebelum berlaku perkara buruk, tak salah kita ambil langkah berhati-hati. Mungkin tip di bawah boleh dipraktikkan ketika kita atau pasangan menghadiri majlis reunion untuk mengelak cinta lama bertaut kembali.
1.  Bermula dengan niat - kalau dari awal niatnya memang mahu bertemu bekas kekasih lama mungkin inilah pencetusnya. Oleh itu niatnya mesti hanya untuk mengeratkan silaturahim dan bertemu rakan lama. Itu saja!
2. Bawa pasangan - jangan pergi sendirian, bawa isteri atau suami dan perkenalkan kepada rakan-rakan. Tawarkan diri  untuk ikut serta jika pasangan tidak mempelawa.
3. Nilai tahap kesetiaan -kalau dalam majlis itu hadir sama bekas kekasih dan anda masih ada sisa cinta maka elak dari menghadirinya.
4. Jangan mulakan-  setelah selesai reunion elak hantar mesej atau whatsApp peribadi pada bekas kekasih, mesej di Facebook apatahlagi menghubunginya. Ini juga pemulanya. Cukup sekadar sembang di dalam grup secara beramai-ramai.

Ini tip dari VK yang bukanlah kaunselor atau pakar psikologi. Kalau anda yang mahu berkongsi, bolehlah berbuat demikian di ruangan komen.




0 comments:

Post a Comment