Thursday 4 February 2016

Filled Under:

Kisah Beg Pam Susu Buat Ramai Ibu Bergenang Air Mata

 Kisah Beg Pam Susu Buat Ramai Ibu Bergenang Air Mata
Membaca satu status tentang beg pam susu yang ditulis oleh seorang lelaki membuat air mata VK tiba-tiba berkaca, seakan sedang menghiris bawang keadaannya. Rasanya ramai isteri dan ibu lain yang membaca status ini berperasaan sama.

Ceritanya ringkas saja tentang penghasilan susu ibu yang semakin berkurangan hingga membuat seorang isteri berhasrat mencari ibu susuan. Meski awalnya suami membantah namun setelah melihat air mata isteri tumpah pada satu malam ketika memerah susu, dia akhirnya akur.

Tulisan jujur dari seorang suami yang memahami hati isteri ternyata menyentuh perasaan ramai para isteri melalui komen dalam status ini. Tak mahu cakap banyak, anda sendiri sila baca perkongsian dari Abu Hannah ini. Semoga ada ramai lagi lelaki seperti ini kerana hidup seorang isteri terasa cukup indah di sisi suami yang cukup memahami.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/29/Capture1.jpg
Siapa kenal beg tu? Ibu2 menyusu badan mesti tahu. Dalam tu ada kelengkapan ' tools ' si ibu. Kalau pergi kerja tertinggal tu, mesti aku kena bertukar menjadi Gaban dan hantar alat tu ke tempat kerja isteri aku.

Kalau tak hantar alat tu, isteri aku akan susah hati. Mungkin akan ambil dirumah sendiri. Kemana pun dia pergi, beg tu seakan bercantum dengan diri. Seminar, mesyuarat, naik flight. Semua tempat diusung beg itu.

Malam tu aku terjaga, sebab nak buang air kecil. Waktu aku bangun dari katil, aku cuma nampak anak aku. Isteri aku hilang entah ke mana.
"Vebbbb....vebbbb....," kedengaran suatu bunyi dari arah ruang tamu. Bunyi getaran yg aku biasa dengar. Itulah bunyi getaran alat pam elektrik isteri aku.

Memang kebiasaannya dia akan berjaga tengah malam untuk siapkan stok susu anak aku. Cuma malam ni lain sedikit. Aku terdengar seakan suara orang menangis. Dan kedengaran bacaan Al quran dari telefon bimbit.
Aku intai. Aku nampak satu susuk perempuan sedang menghadap telefon bimbit. Sambil ikut membaca alunan Al quran. Ya... aku masih ingat. Surah Al Qariah. Aku diamkan diri dan terus memerhati. Baru aku nampak, 2/3 hari ni isteri aku kelihatan sugul. Stok susunya berkurangan.
Aku mengira waktu isteriku datang bulan. " Ehh... baru lepas jer period aritu.," bisikku sendirian. Sebab kebiasaannya sebelum tempoh uzur, pengeluaran susu akan berkurangan. Patutlah semalam isteriku ada bertanya meminta izin aku untuk mencari ibu susuan buat Hannah. Namun aku tegah. Aku tidak boleh terima. Aku tidak mahu mengalah.
Aku terus ke meja tempat isteriku pam susu. Duduk rapat. Waktu ini aku betul2 kesal. Aku cuma mementingkan pendirian aku.
" Esok kita sama2 cari ibu susuan untuk Hannah yer?," jelasku sambil tiba2 duduk disisinya.

" Eh.. Awak bgn? ," jawab isteriku sedikit terkejut sambil mengesat air mata.
" Saya nak ke tandas...," jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman.
" Awak tak kesah ker? Sy mintak maaf. Sebab susu drop. Sy pun tak tahu kenapa jadi mcm ni," jelas isteriku menunduk.

" Sy ingat sy dah khatam banyak buku pasal penyusuan sy dah bersedia untuk semua ni. Sy silap. Tuhan masih nak saya belajar lagi. Kali ni sy kena khatam bab ibu susuan dgn belajar sendiri," jelasku sambil memeluknya erat.

Dan Alhamdulilah. Bantuan dari kawan2 FB, aku diperkenalkan dengan Puan Anis yg menetap di Hulu Langat. Puan Anis mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak aku. Zaim nama diberi.

Kini Hannah dan Zaim adalah adik beradik susuan yg sah. Dan kami saling bertukar salinan surat beranak dan menjaga ukhwah ini. Insyaallah Ahad ini kami akan melawat zaim.

Suami...

Ingat. Perempuan itu adalah isteri. Mereka juga adalah ibu. Ingatan ini untuk aku dan kalian semua.  Jangan di herdik dan diseksa mereka, tatkala kalian ingin menyeksa jiwa dan zahir mereka ingatlah 2 perkara. 
Di rahim mereka ada parut. Parut itu parut melahirkan zuriat kita. Di puting susu mereka juga ada parut, parut itu akibat gigitan gigi zuriat kita. Saat parut itu terpahat dijasad mereka. Percayalah, ianya sakit. Bahkan mereka menjerit. Parut itu akan bersuara di mahsyar bagi pihak mereka. Dan menuntut keadilan mereka di hadapan Sang Raja Yg Esa.
Maafkan mereka. Bimbing mereka. Bijakkan mereka. Itulah matlamat kita sebagai pemimpin dalam keluarga. Lelaki yg hebat, ialah lelaki yg mampu mencintai isterinya berulang kali. Bukan hanya sekali.

Suami...
Ambil masa. Sama2 muhasabah diri. Nilai balik diri ini. Buat setiap hari. Ambil masa, intai isteri bangun tengah malam, buat persiapan untuk besarkan zuriat kita. Kerja mereka tak pernah habis. Kerja suri rumahlah paling lama. 24 jam sehari. Ditambah pula yg bekerja membantu suami disiang hari.

Hamba faham. Tidak mudah menjadi lelaki, sangat perit menjadi suami.  Tapi itu maharnya mendirikan sebuah rumah dan tangga. Mahar membesarkan puteri dan putera. Kerana...Hamba juga suami.

Sumber Facebook Abu Hannah




0 comments:

Post a Comment