Tuesday 2 February 2016

Filled Under:

Parents, Masukkan Virus Zika Dalam Senarai Kebimbangan Anda!

Parents, Masukkan Virus Zika Dalam Senarai Kebimbangan Anda!
Negara-negara di benua Amerika baru-baru ini digemparkan dengan penularan virus Zika. Ia dikatakan menjadi penyebab kepada kelahiran bayi berkepala kecil.
Walau pun belum ada kes virus Zika di negara kita tapi Malaysia antara yang berisiko tinggi mengalami serangan virus ini ekoran puncanya daripada  nyamuk aedes, nyamuk yang turut menyebarkan denggi. Apatah lagi kes denggi tak pernah surut di negara ini.

Dua faktor ini sudah cukup untuk kita sebagai ibu bapa, wanita khususnya prihatin tentang virus ini, justeru semak fakta penting tentang virus Zika ini.

Apa itu virus Zika?
Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimana ia merebak?
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/1/aedes-mosquito.jpg
Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom utama virus Zika
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan
Rawatan
Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/1/81454222075_freesize.jpg
Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Sindrom microcephaly disebabkan virus Zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Keadaan di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat lalu, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Jauhi melawat negara ini
Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Foto: www.abcnews.go.com




0 comments:

Post a Comment