Tuesday 2 February 2016

Filled Under:

5 Kelebihan Miliki Kulit Berminyak Ramai Wanita Tak Tahu

5 Kelebihan Miliki Kulit Berminyak Ramai Wanita Tak Tahu
Memiliki kulit berminyak satu masalah dan perlu dirawat. Kulit jenis ini menyebabkan wajah berkilat, mudah kotor dan berjerawat. Ini yang selalu kita rasakan.

Ya memang betul. Sebagai info kulit berminyak disebabkan oleh kelenjar sebaceous yang terlalu aktif. Kelenjar ini menghasilkan sebum, yang juga unsur membantu kulit sihat semula jadi. Tapi ketika kulit menghasilkan sebum berlebihan, teksturnya akan menjadi berat dan tebal.

Kulit berminyak ini menyebabkan pori-pori tersumbat, bintik hitam dan sel kulit mati melekat pada wajah. Mereka yang punyai kulit wajah berminyak juga cenderung memiliki pori-pori besar yang boleh dilihat jelas.

Tapi, selain aspek negatif akibat kulit jenis ini, sebenarnya memiliki kulit berminyak ada juga kelebihan tersendiri. Ini adalah lima manfaat mempunyai kulit berminyak yang tidak ramai antara kita tahu.

1. Lambat tua atau awet muda
Mereka yang memiliki kulit kering akan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih cepat berbanding mereka yang memiliki kulit berminyak. Kedutan dan garis penuaan pada wanita yang punya kulit berminyak kurang ketara.

2. Kulit bersinar sentiasa
Kilatan pada wajah bukanlah sesuatu yang teruk. Mereka yang punya kulit kusam sanggup membeli produk yang mahal untuk mendapatkan wajah yang berkilat. Anda pula tak perlu mengeluarkan wang untuknya.

3. Kulit punya minyak semula jadi
Minyak ini membuat kulit sihat dan lembut. Jadi, anda tidak memerlukan krim siang atau malam yang mahal untuk melindungi dan mendapatkan kesan kulit lembut.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/1/minyak.jpg
4. Kulit akan senantiasa lembap
Apa pun musimnya kulit anda tetap lembap kerana adanya minyak semula jadi.

5. Kesan selepas mekap
Sentuhan minyak pada kulit selepas mekap akan menyebabkan wajah kelihatan lebih berseri.

Melihat kepada senarai kelebihan ini bagi anda yang punyai kulit berminyak janganlah rendah diri atau berasa ia satu masalah besar. Jangan tension memikirkannya lagi ok. Paling penting anda terus ikuti rutin penjagaan kulit berminyak yang disarankan antaranya  bersihkan wajah dua kali sehari, pilih produk yang sesuai selain elak picit jerawat.


Sumber Times Of India




0 comments:

Post a Comment