Wednesday 9 March 2016

Filled Under:

Singkir TV Dari Rumah, Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran

 Singkir TV Dari Rumah, Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran
Hebat ibu ini kan. Bukan calang-calang wanita dapat melakukannya. Semestinya ia tidak mudah, memerlukan kesabaran, kefahaman dan fokus bukan saja dari anak tapi ibu itu sendiri.

Namun itulah yang dilakukan oleh Wirianingsih dan juga suaminya Mutammimul Ula, keduanya berasal daripada Indonesia. Kisah mereka ini pernah dibukukan beberapa tahun lalu selepas berita tentang kejayaan semua anaknya hafaz al-Quran tersebar di media di sana.

Biar dari mana asal mereka, yang pasti perkara baik seperti ini patut kita jadikan sebagai panduan. Malah ibu berusia 54 tahun ini juga turut berkongsi tip mendidik 10 anaknya hafaz al-Quran dalam buku 10 Bersaudara Bintang Al-Quran.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/9/ibu.jpg
10 anaknya itu adalah  Afzalurahman Assalam, Faris Jihady Hanifa, Maryam Qonitat, Scientia Afifah Taibah, Ahmad Rasikh ‘Ilmi, Ismail Ghulam Halim, Yusuf Zaim Hakim, Muhammad Syaihul Basyir, Hadi Sabila Rosyad dan Himmaty Muyassarah. Mereka bukan saja hafaz al-Quran malah cemerlang dalam persekolahan.

Anak-anak Wirianingsih mula menghafal al-Quran seawal usia 10 tahun bermula daripada beberapa juzuk hinggalah beberapa orang daripadanya lengkap menghafaz 30 juzuk. Apa kaedah yang dipraktikkan pada anak-anaknya? Ada  tiga perkara utama yang telah dikongsi oleh Wirianingsih.

Menurut ibu ini, sejak kecil lagi dia yang juga guru mengaji sentiasa memperdengarkan bacaan al Quran pada anak-anaknya supaya mereka dibiasakan dan dekat dengan kitab suci ini.

Dia dan suami yang juga seorang pemimpin tempatan turut menetapkan rutin khusus dalam keluarga. Katanya selepas solat Subuh dan Maghrib masing-masing diwajibkan membaca al-Quran setiap hari.
Pada waktu ini tiada agenda lain boleh dilakukan oleh anggota keluarga di dalam rumah. Semua wajib membaca al-Quran kecuali jika berlaku urusan yang tidak dapat dihindarkan.

Malah demi menjaga rutin keluarganya ini Wirianingsih yang juga aktif dalam kerja-kerja dakwah di Indonesia rela menyingkirkan televisyen dari rumahnya agar tiada pengaruh tidak elok pada anak-anaknya.

Selain itu demi memenuhi hasratnya memiliki anak yang hafaz al-Quran dia menjelaskan tujuannya kepada anak sejak kecil.

Walau pun pada awalnya anak-anak berasa seperti terpaksa namun apabila dewasa mereka memahami kepentingan malah keperluan untuk menghafaz al-Quran. Dalam hal ini katanya komunikasi baik dengan anak adalah cukup penting.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/9/Keluarga%20Mutamimul%20Ula_Wirianingsih.jpg
Seterusnya apabila anak-anaknya berjaya menghafal beberapa juzuk dia dan suami, Mutammimul Ula akan memberikan hadiah sebagai ganjarannya.

Dalam pada itu turut dikongsi adalah kaedah yang digunakan oleh Wirianingsih serta suami dalam merealisasikan hasrat agar anak-anak mereka hafaz al Quran. Tiga kaedah utamanya adalah mengajar, membuat pengulangan dan ketiga memilih sekolah yang menekankan program menghafal al-Quran.

10 anak, masing-masing hafaz al-Quran ternyata bukanlah perkara mustahil jika ibu bapa komited mendidik anak-anak ke arah ini sejak kecil.

Sumber: https://www.brilio.net
Foto www.slate.com




0 comments:

Post a Comment