Mesti rasa marah dan geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah.
Mungkin anda dah amalkan penjagaan wajah yang betul, tapi jerawat tetap nak jadi ‘kawan baik’ anda.
Apa puncanya? Cuba perhatikan pemakanan anda. Jangan la pakai bedal je makan tanpa tahu kesannya pada kulit anda.
Hah..7 makanan sedap ini mungkin jadi punca terjadinya jerawat.
1. Susu skim
Kajian mendapat mereka yang minum susu
skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum.
Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.
2. Ais krim
Pelik kan? Kajian menunjukkan ais krim
menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula didalamnya
menyebabkan keradangan pada kulit.
3. Kerepek kentang
Makanan ini adalah punca terbesar.
Karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang
menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.
4. Coklat
Kajian mendapati, kadungan tenusu dan
gula didalam coklat jadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan
tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit berjerawat.
5. Makanan pedas & berempah
Penggunaan rempah dan makanan pedas jadi
punca terjadinya jerawat dan buatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana
makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.
6. Say Cheese!
Keju boleh mencetuskan letusan hormon
insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak
gula. Oleh kerana insulin berlebihan, maka terjadinya jerawat.
7. Pizza
Disebabkan pizza mengandungi produk
tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat
tumbuh lebih banyak dari biasa. Sedihnya tak boleh makan pizza!
0 comments:
Post a Comment