Friday, 5 February 2016

Filled Under:

Awas, Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

Awas Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!
Jadi kebiasaan kita memanaskan semula lebihan lauk pauk semalam untuk dihidangkan kembali hari ini. Mungkin jugak sekarang pun ada yang tengah buat. Tapi tahukah anda tak semua makanan boleh diperangat. Ada 8 jenis makanan yang tak digalakkan untuk dipanaskan semula kerana boleh menjejaskan kandungan khasiat malah bahayakan kesihatan, termasuk nasi! Hah biar betul? Tak percaya tengok fakta ini.

CENDAWAN
Makanan ini sebaiknya dimakan sejurus selepas dimasak. Jika ada baki hidangan cendawan adalah lebih dimakan sejuk tanpa perlu dipanaskan semula. Ini termasuk untuk cendawan yang dijadikan sup. Memanaskan kembali hidangan cendawan boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein dan rasanya. Ini boleh menyumbang pada masalah pencernaan dan kehilangan khasiat.

AYAM
Sama seperti cendawan, memanaskannya semula boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein. Adalah tidak disarankan memanaskan daging pada suhu tinggi terutama sekali ayam yang mengandungi lebih banyak protein dari daging merah. Jika mahu memanaskannya gunakan suhu rendah dan masa lebih lama. Macam mak kita selalu panaskan rendang. Terer rupanya orang tua kita!

KENTANG
Kentang adalah sumber makanan penuh nutrisi dan sebaiknya tidak dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehilangan khasiatnya. Jadi makan hidangan berasas kentang selepas dimasak.

BAYAM, SELERI & UBI BIT
Tiga makanan ini adalah sayur yang penuh dengan unsue nitrat. Tapi bila dipanaskan semula ia berpotensi menjadi unsur karsinogenik yang tidak baik untuk tubuh. Makan hidangan ini selepas dimasak, habiskan atau jika ada lebih tak perlu panaskan, makan dalam keadaan sejuk.

TELUR
Ia lebih kepada hidangan telur rebus dan goreng. Tapi memang jarang orang nak panaskan balik dua hidangan ini kan. Pemanasan hidangan telur pada suhu tinggi untuk kali kedua akan menyebabkan telur kehilangan khasiat.

NASI
Sehingga kini ia dipertikaikan kerana jadi kebiasaan kita memanaskan semula nasi atau menggoreng kembali lebihan nasi, dan tindakan ini tidak pula menjejaskan kesihatan. Tapi perlu diingat memanaskan nasi yang telah terdedah lama boleh mendedahkan ia pada bakteria. Inilah yang menyebabkan punca sakit perut. Boleh saja menggunakan kembali lebihan nasi asalkan kita menyimpannya dengan baik.

Kesimpulannya pada VK apa juga hidangan eloklah dimakan segar.




0 comments:

Post a Comment